Ingat-ingatlah Sebelum Dipatuk Lagi Di Lubang Yang Sama – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 18 Feb – “Ingat-ingatlah sebelum dipatuk lagi di lubang yang sama,” demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pesanan agar rakyat tidak tersalah pilih dalam menentukan pemimpin.

Beliau melalui kenyataan dalam laman Facebooknya dengan menyertakan berita bergambar bertajuk, ‘Nak baiki sekolah daif di Sarawak pun Lim Guan Eng suruh Kerajaan Negeri bayar hutang dahulu’ yang membabitkan pemimpin Dap terbabit semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Dalam hal ini Ahmad Shabery mengingatkan agar berwaspada dengan pihak yang tidak pernah berkuasa, dan apabila mendapat kuasa tindakannya berlebihan.

“Saya selalu diingatkan awas dengan orang-orang yang tak pernah rasa kuasa. Bagi mereka kuasa ialah untuk tunjuk taring.

“Orang Sarawak pernah cerita pedihnya bila ditekan rapat ke bumi. Nak baiki sekolah daif pun dikenakan pelbagai syarat. Sama cerita bantuan BRIM, bantuan sara hidup nelayan yang dikurangkan, pegawai kontrak yang dihentikan. Tak masuk cerita bantuan TAR College.

“Sadism adalah sejenis kelainan. Seronok melihat orang meraung kesakitan dan minta tolong merayu kepadanya,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.