KPLB Sedia Bekerjasama Dengan SPR Jika MRSM Digunakan Sebagai Pusat Pengundian – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu.

“SPR adalah sebuah badan bebas yang diberi kuasa untuk mengendalikan pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, sebanyak 151 sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat mengundi bagi PRN Johor.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap MARA Corp, beliau berkata tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.