Kerajaan Akan Adakan Siri Jelajah Perjelas Isu Kumpulan Sulu Di Luar Negara

KOTA BHARU, 15 Mac – Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuan jelajah itu diadakan untuk menjelaskan bahawa kumpulan Sulu itu pengganas, selain mengelakkan persepsi tidak […]

» Read more

Jaga Kerahsiaan Parti, Pesan Presiden Kepada Bakal MKT

SEREMBAN, 14 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bakal barisan ahli Majlis Kerja (MKT) agar menjaga kerahsiaan parti. Pesannya, setiap yang dipilih ataupun dilantik telah mengangkat sumpah kerahsiaan dan sepatutnya tidak berlaku perkara yang diperbincangkan disalurkan kepada pihak luar selagi tiada kata putus dalam mesyuarat tersebut. “Perbincangan dalam mesyuarat MKT adalah proses membuat keputusan sama […]

» Read more

Jalan Jiwa Murni Di Sarawak Dinaik Taraf – Ahmad Zahid

KUCHING, 7 Mac – Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak akan menaik taraf 578 kilometer (km) Jalan Jiwa Murni di negeri ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha naik taraf itu juga akan diselesaikan sebelum sambutan Krismas pada tahun ini. Kredit gambar: Utusan Sarawak Beliau berkata tumpuan menaik […]

» Read more

Ahmad Zahid Nasihat Calon Patuhi Garis Panduan Berkempen Yang Ditetapkan JPU

ALOR SETAR, 6 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati kepada semua calon yang bertanding dalam Pemilihan kali ini mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) di bawah Tan Sri Shahrir Samad telah memberi garis panduan dan keadilan terbaik termasuk dibenarkan kempen melalui saluran media interaktif. Pesannya lagi, baik calon mahupun pengurus kempen, […]

» Read more

PINTA Kebangsaan Anjur Himpunan 23K Huffaz Sabtu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA Kebangsaan) dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menganjurkan Majlis Himpunan 23K Huffaz pada Sabtu depan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Presiden PINTA Kebangsaan Mohd Zahid Mahmood Al-hafiz berkata penganjuran kali keempat itu dijangka menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara yang seterusnya […]

» Read more

Kerajaan Cadang Usahakan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Moden – Ahmad

SEREMBAN, 1 Feb – Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutamanya dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin. “Ini antara maklum balas dalam sesi Dialog […]

» Read more

Ketepi Perintah Waris Kesultanan Sulu, Tahniah Pasukan Peguam Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan peguam yang dibentuk oleh Jabatan Peguam Negara di atas kejayaan awal Malaysia dalam mengetepikan Perintah Penahanan terhadap aset dan kepentingan strategik negara yang difailkan oleh waris kesultanan Sulu di mahkamah Luxembourg bersabit tuntutan mereka berjumlah $14.92 billion. Menurut beliau kejayaan awal […]

» Read more

Agensi Kerajaan Perlu Fahami, Terjemah Konsep Malaysia Madani – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Jan – Semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan mahupun negeri perlu memahami dan melaksanakan tindakan susulan bagi menterjemah keberkesanan konsep ‘Malaysia Madani’ dalam dasar kerajaan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menterjemahkan konsep yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kepada modifikasi terhadap dasar sedia ada, ia harus diimplementasi oleh semua […]

» Read more
1 47 48 49 50 51 88