Ekonomi Johor Dijangka Mengukuh, Belia FELDA Diseru Rebut Peluang Perniagaan

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Golongan belia di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Johor diseru agar merebut peluang perniagaan susulan ekonomi negeri itu dilihat semakin meningkat dan dijangka terus mengukuh pada masa akan datang. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana semakin ramai warga asing, termasuk dari Singapura, memasuki Johor sebaik sahaja melihat potensi ekonomi di […]

» Read more

Ketepikan Kepentingan Politik, Utamakan Kesejahteraan Rakyat – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Pahang, Nur Hazirah Zahaludin berpandangan kerajaan ini merupakan satu kerajaan yang menggabungkan wakil dari pelbagai politik menuntut parti dan semua pemimpin untuk mengetepikan kepentingan politik dan parti masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara. Menurutnya ini adalah demi untuk mewujudkan sebuah negara yang kuat, sejahtera dan makmur serta stabil. “Kita perlu menghentikan […]

» Read more

Ahmad Zahid Minta MCMC Pantau Hantaran Pemimpin Politik Berkisarkan Kaum, Agama

PUTRAJAYA, 31 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik […]

» Read more

Lima Perkara Diberi Keutamaan Jika Kerajaan Perpaduan Ambil Alih Kedah – Ahmad Zahid

ALOR SETAR, 21 Mei – Lima perkara akan diberikan keutamaan di Kedah sekiranya gabungan parti Kerajaan Perpaduan mendapat peluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri seiring dengan kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lima perkara itu melibatkan perniagaan agro; pendidikan maahad tahfiz; Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET); air […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Ada Beberapa Formula Untuk Pembahagian Kerusi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Kerajaan Perpaduan mempunyai beberapa formula yang lebih sesuai dengan situasi semasa bagi tujuan pembahagian kerusi dan perkara itu akan diselesaikan secara dalaman, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana asas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sahaja tidak boleh […]

» Read more

Ahmad Zahid Mohon Peruntukan Khas Selesai Masalah Bekalan Air Sabah

KOTA KINABALU, 4 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memohon peruntukan khas untuk menyelesaikan isu bekalan air yang sudah berlarutan sejak sekian lama di Sabah. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata peruntukan khas itu sangat diperlukan untuk memastikan semua rakyat yang tinggal di Sabah khususnya di kawasan luar bandar negeri itu mendapat bekalan air yang […]

» Read more

Demi Pembelaan Rakyat Agar Tidak Ketinggalan, Mohd Rafi Gesa Wujudkan Kembali KWP

LABUAN, 28 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menggesa agar Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diwujudkan kembali agar rakyat keseluruhan di Wilayah terbabit mendapat pembelaan dan tidak dipinggirkan. Katanya, bagi warga Wilayah Persekutuan Labuan, sejak 2018 lagi rakyat di sini telah dipinggirkan apatah lagi apabila Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

Kelantan Jelajah Terakhir Ahmad Zahid Sempena Santunan Kasih Ramadan

MACHANG, 9 April – Negeri pantai timur, Kelantan menyaksikan jelajah terakhir Majlis Santunan Kasih Ramadan yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diterajui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Majlis berbuka puasa di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang itu menjadi lokasi ke-13 Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri selepas menjelajah ke seluruh negara sempena Ramadan tahun […]

» Read more

BN Mahu Kerajaan Perpaduan Di Sabah Kekal Hingga PRN Akan Datang – Ahmad Zahid

PAPAR, 8 April – UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Negeri Sabah pada masa ini dikekalkan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah penting untuk membentuk kerjasama erat dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri. Justeru, beliau berkata situasi tenang dalam kalangan […]

» Read more

Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka Pada 25 April – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 8 April – Kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam pada 25 April ini. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung mengikut jadual selepas penyelarasan yang akan diumumkan nanti, dan […]

» Read more
1 45 46 47 48 49 88