Santuni Rakyat Ketika Lawatan Di Beberapa Negeri Pahat Kenangan Manis Buat Agong

LIPIS, 13 April – Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas segala persiapan yang dilakukan oleh pihak yang  terlibat ketika kunjungan baginda di negeri berkenaan. “…banyak kenangan manis khususnya bila mengunjungi bazar Ramadan kerana beta dapat menyantuni rakyat […]

» Read more

RUU Anti Lompat Parti: Perbincangan Semua ADUN Pahang Dijadualkan Berlangsung Hari Ini – Mohd Sharkar

KUANTAN, 12 April – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy bersetuju untuk membawa Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bagi dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang sekiranya mendapat sokongan dua pertiga daripada ahli dewan. Sehubungan itu, Speaker DUN Pahang merangkap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, perjumpaan dengan semua pihak termasuk dari […]

» Read more

Kelantan Jelajah Terakhir Ahmad Zahid Sempena Santunan Kasih Ramadan

MACHANG, 9 April – Negeri pantai timur, Kelantan menyaksikan jelajah terakhir Majlis Santunan Kasih Ramadan yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diterajui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Majlis berbuka puasa di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang itu menjadi lokasi ke-13 Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri selepas menjelajah ke seluruh negara sempena Ramadan tahun […]

» Read more

Depani PRN… Barisan Kepimpinan Parti Perlu Lihat Realiti Semasa, Bina Naratif Segar – Mohd Imran

KUALA LUMPUR, 9 April – Dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, barisan kepimpinan parti yang telah dipilih semasa musim pemilihan lalu perlu melihat kepada realiti semasa dan kehendak rakyat. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, para pemimpin parti perlu membina sebuah naratif yang lebih segar terutamanya dalam menarik minat anak muda […]

» Read more

Umat Islam Perlu Bersatu Walau Berbeza Pandangan – Agong

KEPALA BATAS, 7 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah umat Islam perlu mempunyai keinginan untuk bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara. Seri Paduka bertitah umat Islam tidak boleh terlalu taasub dengan pandangan masing-masing dan mengamalkan sikap berpuak-puak dalam masjid. “Ini adalah satu fenomena yang kurang sihat […]

» Read more

Alma Mater… Ahmad Zahid Imbau Nostalgia Zaman Sekolah

IPOH, 31 Mac – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berbesar hati ke sekolah lama beliau iaitu Sekolah Izzudin Shah, di Ipoh, Perak. Bersekolah di peringkat tingkatan lima pada tahun 1970, kehadiran beliau ke sini amat dinantikannya bagi mengimbau kembali zaman persekolahan. Majlis tersebut juga sebagai medium untuk bertemu dengan rakan-rakan […]

» Read more

Alunan Selawat Nabi Sambut Ketibaan Ahmad Zahid

BENTONG, 29 Mac – Alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. daripada 1,500 masyarakat setempat berkumandang di perkarangan Masjid Al-Falah Kampung Lebu di sini menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam meneruskan siri kelima selepas semalam di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO hadir ke Majlis Santunan Kasih […]

» Read more

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

JASIN, 27 Mac –  Melaka mungkin akan menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulai, Serkam, di sini hari ini, beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia adalah selaras dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan.“Insya-Allah di negeri Melaka belum terbentuk kerajaan (perpaduan yang) MADANI… tapi ke arah […]

» Read more

Pasca Pemilihan: Ini Masa Terbaik Kembali Bekerja, Kukuhkan Parti

KEPALA BATAS, 26 Mac – Ini adalah masa terbaik untuk kembali bekerja, mengukuhkan parti disamping mengelakkan berlakunya sebarang perpecahan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, para pimpinan parti perlu mengambil iktibar dari pengalaman lampau kerana perpecahan telah menyebabkan kekalahan. “Ini masanya untuk bekerja bagi mengukuhkan parti ibarat ‘biduk lalu kiambang bertaut’, tidak ada lagi proksi-proksi di dalam […]

» Read more

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik – Ahmad Zahid

BUTTERWORTH, 26 Mac – Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata semua lantikan adalah berdasarkan garis panduan Kabinet serta mengikut nasihat Perdana Menteri. “Jangan dilihat hanya kerana seseorang […]

» Read more
1 88 89 90 91 92 133