Cadangan Guna Logo, Tema Kemerdekaan Berbeza Dengan Persekutuan Tidak Masuk Akal – Rosni

  KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyifatkan cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan logo dan tema kemerdekaan berlainan bagi negeri di bawah pentadbiran mereka adalah bersifat dangkal. Katanya, ini kerana Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan adalah negeri yang berada di bawah kerajaan Pusat seiring dengan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan. “Pada saya ini […]

» Read more

Kerajaan Negeri Diharap Beri Sokongan Supaya Malaysia Termasuk Antara 30 Ekonomi Terbesar Dunia

MELAKA, 21 Ogos – Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar kerajaan negeri dapat bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan negara ini berada dalam kelompok 30 ekonomi terbesar dunia. Malaysia kini berada di tangga ke-37 dalam kelompok itu, justeru dukungan dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan bagi mencapai matlamat berkenaan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada […]

» Read more

Perak Pertingkat Pertumbuhan Ekonomi Bagi Rapatkan Jurang Dengan Negeri Terkaya

MANJUNG, 21 Ogos – Kerajaan Negeri Perak berusaha untuk memastikan ekonomi negeri terus diperkukuhkan agar jurang di antara Perak yang merupakan negeri berpendapatan rendah dengan negeri yang berpendapatan tinggi di negara ini dapat dikurangkan. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri akan mengembalikan semula momentum pertumbuhan di kesemua sektor ekonomi dan pada masa yang sama mewujudkan sumber pertumbuhan […]

» Read more

Logo, Tema Hari Kebangsaan: Baca Sejarah Dan Perlembagaan, Hormat Semangat Persekutuan – Imran

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin menempelak tindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mencadangkan negeri di bawah parti itu untuk menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 berbeza dengan Persekutuan. Katanya tindakan ini boleh memecahbelahkan keharmonian dalam kalangan rakyat dan suatu kesilapan yang tidak bertanggungjawab oleh negeri-negeri yang berada dalam […]

» Read more

Jangan Politikkan Tema, Logo Hari Kebangsaan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri, Ahmad Zahid menyifatkan ia bersifat jumud. “Ini […]

» Read more

Sifir Apa Dia Pakai? Ahmad Maslan Bidas Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mempertikaikan tindakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri letak jawatan. Kata Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor itu, selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN), negara kini ditadbir di bawah parti-parti Kerajaan Perpaduan manakala […]

» Read more

Jangan Pertikai Komitmen, Usaha Parti Lain Hanya Kerana Tiada Label Islam

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jika mahu disenaraikan segala jasa parti itu di dalam mengangkat martabat dan syiar Islam di negara ini adalah terlalu banyak. Begitu juga pesannya, jangan mempertikaikan komitmen dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak lain hanya kerana parti itu tiada label Islam. Dr Asyraf memberi respon demikian […]

» Read more

Junjung Titah Sultan Kedah, Namun Bimbang Dijadikan Modal Politik Negatif – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu. Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan […]

» Read more

PAU 2023 Amat Penting, Sama-Sama Cipta Kekuatan Baharu – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) saban tahun amat penting untuk seluruh ahli UMNO dalam usaha memperkasa parti berkenaan di pelbagai peringkat khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata masing-masing perlu bermuhasabah dan menilai secara ikhlas serta mengakui kesilapan untuk langkah seterusnya bergerak ke depan dengan […]

» Read more
1 35 36 37 38 39 73