Selamat Kembali Bertugas Semula Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, menamatkan cutinya dan kembali bertugas serta-merta adalah tepat, dan sesuai dengan masanya, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Malah katanya, langkah yang dilakukan Ahmad Zahid tidak menyalahi peraturan parti, dan menjadi haknya selaku Presiden UMNO yang dipilih secara sah oleh perwakilan UMNO seluruh […]

» Read more

Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif, Alu-alukan Presiden UMNO

SEPANG, 30 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO. Katanya, sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu diuruskan bersama. “Alhamdulillah kalau Ahmad Zahid menyatakan untuk kembali bertugas. “Kita dapat meneruskan agenda memperkasakan parti serta menyusun strategi menghadapi Pilihan […]

» Read more

Ahmad Zahid Umum Kembali Bertugas Pimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk kembali aktif bagi memimpin UMNO selepas bercuti sebelum ini. Menurutnya, sebagai Presiden, biar pun apa rintangan dan tuduhan lebih dari 40 kes rasuah di mahkamah, beliau tetap meneruskan perjuangan bersama PAS. “Keputusan ini dibuat memandangkan hari ini genap setahun saya dipilih sebagai Presiden UMNO oleh perwakilan […]

» Read more

Kerjasama UMNO- PAS Tulen, Ikhlas… PH Gagal Berkhidmat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Kerjasama UMNO dan PAS adalah tulen dan ikhlas yang lahir atas kesedaran bahawa dua buah parti terbesar orang Melayu Islam dan Bumiputra di negara ini mesti bangkit bersama bagi membela agama, bangsa dan negara. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerjasama ini adalah nikmat besar yang diberikan kepada kita selepas PRU-14. “Kepada […]

» Read more

PAS-UMNO Serius Bentuk Pembangkang

KUANTAN, 21 Jun – PAS dan UMNO serius dan komited dalam usaha membentuk barisan pembangkang yang terbesar dan konstruktif untuk berperanan sebagai semak dan imbang kepada ‘kerajaan huyung-hayang’ Pakatan Harapan (PH). Segala kudrat dan tenaga akan disatukan sebagai usaha menghalang negara dari terus ke lembah kehampaan, ketegangan dan konflik berpanjangan PH yang menimbulkan pelbagai kecelaruan dan kebimbangan kepada rakyat selepas […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Lancar, UMNO Semakin Disayangi Dan Di Hormati

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kelancaran mesyuarat Cawangan UMNO di Negeri Perak baru-baru ini membuktikan UMNO semakin disayangi dan dihormati oleh segenap usia dan pelbagai lapisan masyarakat, kata Setiausaha Kerja UMNO Negeri Perak, Mohd Salleh Mat Disa. Menurut beliau, sepanjang tempoh persidangan peringkat Cawangan yang bermula pada 15 Feb sehingga 30 Mei lalu menunjukkan bahawa sokongan kepada UMNO sangat memberangsangkan […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Akur Titah Sultan Perak

PARIT BUNTAR 27 Mei – Semua pihak perlu akur titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya masjid di negeri ini tidak dijadikan sebagai tempat untuk penganjuran program politik. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, begitu juga titah Sultan Perak yang melarang penceramah tidak bertauliah mengadakan ceramah di masjid di negeri ini perlu dihormati dan dipatuhi. Menurutnya, program di […]

» Read more

Kak Ida Bertemu Mata Bersama Puteri Perak

PASIR SALAK 18 MEI–Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menyampaikan ucapan ketika hadir berbuka puasa bersama kepimpinan Puteri UMNO Negeri Perak dan Bahagian Pasir Salak di Kampung Gajah petang ini. Turut bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Foto-MediaUMNO

» Read more

13 Mei: Dap Cuba Bersih Diri Dan Salahkan UMNO

SETIAP kali 13 Mei menjelang pada setiap tahun, setiap kali itu jugalah pemimpin Dap cuba membersihkan diri mereka dari peristiwa itu dan menyalahkan pemimpin UMNO ke atasnya. Tahun ini, selepas Dap menjadi sebahagian daripada kerajaan, usaha pembersihan diri ini dibawa setapak lebih jauh melalui cubaan Malaysia Kini menulis semula sejarah 13 Mei. Dimuatkan panjang lebar cerita-cerita mengenai kononnya pemula Peristiwa […]

» Read more

Melayu Bersatu Melalui UMNO-PAS Dikatakan Rasis…. Cina Bersatu Melalui Dap Apa Pula?

KEMENANGAN Dap di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka. Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina, kita memang sudah menjangkakan Dap akan menang. Parti Bersatu Sabah (PBS) bukan bersama Barisan Nasional (BN) lagi. PBS sudah meninggalkan BN dan tidak lagi berada dalam komponen itu. Walau bagaimanapun oleh kerana PBS merupakan parti pembangkang maka sebagai menunjukkan solidariti, […]

» Read more
1 72 73 74 75 76 219