Ahmad Zahid Umum Kembali Bertugas Pimpin UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk kembali aktif bagi memimpin UMNO selepas bercuti sebelum ini.

Menurutnya, sebagai Presiden, biar pun apa rintangan dan tuduhan lebih dari 40 kes rasuah di mahkamah, beliau tetap meneruskan perjuangan bersama PAS.

“Keputusan ini dibuat memandangkan hari ini genap setahun saya dipilih sebagai Presiden UMNO oleh perwakilan daripada 191 bahagian.

“Maka genap setahun ini cukup signifikan dan sangat penting bagi saya oleh yang demikian 30 Jun 2019, saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO pada hari ini.

“Ini bererti mulai pada hari ini, saya akan terus menyambung tugas saya sebagai Presiden UMNO Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Sungai Sumum, Bagan Datok, Perak.

Pengumuman tersebut dibuat sempena setahun beliau dipilih sebagai presiden UMNO menerusi pemilihan parti tahun lalu. – MediaUMNO