PRN: Marshela Fokus Kebajikan, Kemakmuran Ekonomi Rakyat DUN Semerak

PASIR PUTEH, 30 Julai – Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Marshela Ali mengajak rakyat Kelantan khususnya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini. Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak itu bertekad untuk membela nasib dan masa depan para petani serta nelayan di kawasan tersebut. “Alhamdulilah, […]

» Read more

Kita Perlu Bekerja Keras Untuk Capai Kemenangan – Mohamad Fatmi

KOTA BHARU, 30 Julai – Pengerusi Parti Komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mengingatkan para jentera untuk mencari kemenangan dengan melipatgandakan usaha sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu turut melahirkan rasa syukur kerana para jentera telah menyelesaikan tugas mereka yang […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Serius Bangunkan Negara, Tolak Kontroversi Dan Provokasi Melampau – Bung Moktar

GOMBAK, 30 Julai – Kerajaan Perpaduan adalah serius dalam usaha untuk membangunkan negara dengan mengangkat perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran. Dalam hal ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar anggota parti khususnya jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) tidak terperangkap dengan tingkah pihak lawan yang mula melakukan provokasi dengan pelbagai isu termasuk […]

» Read more

Ahmad Jazlan Seru Jentera Kerja Keras, Menangi Hati Rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyeru para jentera untuk bekerja keras bagi memenangi hati rakyat di Kelantan. Jelasnya, kesemua calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dibariskan secara rasminya telah diisytiharkan sebagai calon pada pagi semalam. “Melaporkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, alhamdulilah saya […]

» Read more

Bung Moktar Harap Jentera Fokus Laksana Gerak Kerja Tempoh Berkempen Untuk Kemenangan

GOMBAK, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar jentera-jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) terus menumpukan fokus kepada gerak kerja bagi memastikan kemenangan calon-calon parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah memulakan tempoh kempen hari ini. Jelas beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, jentera-jentera di akar […]

» Read more

Demi Agenda Kemakmuran Rakyat, Megat Zulkarnain Tekankan Pentingnya Sokong BN/PH

GOMBAK, 29 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang tampil selaku calon Barisan Nasional (BN) bagi misi merampas DUN Gombak Setia menekankan bahawa amat penting bagi BN-Pakatan Harapan (PH) menang di Selangor demi masa hadapan dan kemakmuran rakyat. Tegasnya, Selangor perlu kekal di bawah BN-PH bagi memastikan pentadbiran sealiran dengan pusat untuk meneruskan agenda kemakmuran […]

» Read more

Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

KOTA BHARU, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS. […]

» Read more

Tok Mat Sah Tanding Pertahan DUN Rantau, Berdepan Dua Penjuru

REMBAU, 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sah sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamad menghadapi saingan dua penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) yang mengetengahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan. Kedua mereka tiba bersama-sama penyokong dan pencadang masing-masing antara 9 pagi tadi. Senarai calon […]

» Read more

PRN: Ahmad Zahid Harap Jentera BN-PH Bekerjasama Menangkan Calon

PASIR MAS, 29 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar para jentera Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) bekerjasama untuk memenangkan calon-calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding sempena Pilihan Raya Negeri (PRN). Jelasnya, Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat telah berusaha sebaiknya untuk mentadbir negara dan kerajaan negeri yang bakal dibentuk mestilah selari bagi membela nasib […]

» Read more

Tok Mat Tiba Pusat Penamaan, Diiringi Penyokong Dan Pendukung Parti

REMBAU, 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini diiringi penyokong dan pendukung parti ke pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan. Beliau turut diiringi paluan kompang yang menghangatkan lagi suasana di luar pusat penamaan ini. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu juga tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna […]

» Read more
1 96 97 98 99 100 158