Kita Janji…Kita Tunai Demi Kesejahteraan Rakyat – Jalaluddin

JELEBU, 21 April – Musibah yang menimpa salah seorang penduduk di Kampung Petaseh, dekat sini Jumaat lalu mendapat perhatian wakil rakyat kawasan berkenaan, Datuk Seri Jalalaluddin Alias yang juga Ahli Parlimen Jelebu hari ini yang turun padang melihat sendiri keadaan rumah Roshaizad yang  dilanda musibah dihempap pokok.

Dalam kejadian petang pada Jumaat, ahli keluarga Roshaizad selamat manakala rumahnya hampir musnah dilanda musibah tersebut.

“Walaupun jadual terlalu padat dengan jemputan rumah terbuka, namun janji tetap janji.

Saya dah janji untuk turun melihat sendiri keadaan rumah saudara Roshaizad di Kampung Petaseh.

“Petang ini selepas selesai tiga jemputan, saya gegas balik ke Kampung Petaseh untuk lihat sendiri keadaan rumah yang ditimpa pokok pada Jumaat lepas.

“Kos membina rumah berjumlah RM80k termasuk kerja pembersihan dan menebang beberapa pokok durian berhampiran,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi pembinaan dimulakan serta merta dan dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari dan segala peruntukan adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan Tabung Bencana Darurat Kerajaan Negeri Sembilan.

“Sementara itu mangsa akan ditempatkan sementara di inap desa berhampiran sehingga rumah yang dijangka mengambil masa dua bulan siap dibina.

“Insya-Allah kita akan bantu sehabis baik untuk meringankan bebanan mangsa,” ujarnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.