‘Pas, PPBM Hipokrit Tahap Tinggi’ – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas Pas dan PPBM sambil menyifatkan parti itu sebagai hipokrit tahap tinggi.

Kata beliau ini kerana mereka sering kali bermain politik murahan kerana melabel kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sebagai UMDap.

Jelas Timbalan Menteri Kerja Raya itu sedangkan Pas juga pernah bersama dengan Dap secara lebih lama, manakala PPBM  bekerjasama dengan Dap pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehingga membentuk kerajaaan.

“UMDap kata mereka faktanya Pas lebih lama dengan Dap. PPBM bersama Dap, menang PRU14 jadi kerajaan 22 bulan.

“Bila UMNO bersama Kerajaan Perpaduan mereka gelar UMDap. Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi.

“Kura-kura simpan dalam perahu, berpura-pura macam orang tak tahu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, pada PRU15 lalu menyaksikan tiada parti yang menang majoriti mudah, mendorong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun Perikatan Nasional engkar titah tersebut kerana enggan bersama membentuk kerajaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.