Pengundian PRK DUN Rantau Bermula

SEREMBAN, 13 April – Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebaik sahaja 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka tepat pada pukul 8 pagi ini. Proses mengundi yang berlangsung sembilan jam setengah itu membabitkan seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos, sebelum ia ditutup […]

» Read more

Kempen Bakal Labuh Tirai, Pengundi Harap Tok Mat Diberi Kepercayaan Untuk Rantau

REMBAU, 12 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bakal melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam ini dan pengundi di kawasan berkenaan akan membuat pilihan esok. Selama 14 hari tempoh berkempen yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Barisan Nasional (BN) yang meletakkan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat dilihat cukup giat berkempen […]

» Read more

Pengalaman Berkempen Di Rantau Berbeza, Pengundi Tanpa Segan Silu Mengaku Orang Tok Mat

REMBAU, 12 April – Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said melihat kempen-kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau seolah-olah meletakkan diri mereka sebagai pembangkang apabila kempen mereka lebih kepada soal peribadi. Menurut beliau sepatutnya sebagai kerajaan, mereka perlu berkempen dengan menawarkan apa yang ingin dilaksanakan untuk rakyat […]

» Read more

Bakti Jadi Saksi… Tiada Alasan Rakyat Rantau Tidak Mengundi Tok Mat

TEMPOH berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan melabuhkan tirai tepat pada jam 11.59 malam ini. Parti-parti yang bertanding menjalankan kempen dengan pelbagai gaya dan bentuk, baik bertemu pengundi di rumah-rumah, ‘walkabout’ hinggalah mengadakan ceramah perdana terutama dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Kelibat kempen dua calon Bebas hampir tidak kelihatan kecuali semasa hari […]

» Read more

Tok Mat Ada Rekod Cemerlang, Yang Menang Sekarang Hanya Tumpang Rekod Tok Mat – Presiden PAS

REMBAU, 12 April – Prestasi cemerlang calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan dan wakil rakyat di kawasan tersebut adalah bukti mengapa beliau mesti dipilih, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perkhidmatan Mohamad yang menyantuni rakyat serta menjaga kepentingan mereka […]

» Read more

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi Merudum… PH Tiada Kebolehan Urus Negara – Tok Mat

REMBAU, 12 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan kecewa melihat keadaan ekonomi negara yang semakin menguncup semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. Timbalan Pengerusi BN itu berkata, ini berdasarkan bukti Bursa Malaysia yang semakin merudum daripada diniagakan di paras 1,868 mata pada Mei 2018 turun hingga ke […]

» Read more

Rakyat Rantau Duta BN, Signal Kepada PH Jangan Angkuh

REMBAU, 12 April – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyeru mereka yang hadir dan memenuhi Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai duta Barisan Nasional (BN) dalam usaha meyakinkan pengundi untuk mengundi Tok Mat Sabtu ini. “Yang penting perjumpaan hari ini kita ada beberapa jam sahaja untuk PRK DUN Rantau. Mereka […]

» Read more

Pilih Orang Yang Banyak Jasa Atau Yang Balai Bomba Pun Tak Tahu Di Rantau – Ismail Sabri

  REMBAU, 12 April – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekata pengundi kawasan Rantau hanya mempunyai dua pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabtu ini sama ada untuk calon yang sememangnya bergelumang di kawasan terbabit atau mereka daripada luar. Menurut beliau dalam memilih wakil rakyat, biarlah orang […]

» Read more

PRK Rantau: PH Terdesak Hingga Langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya

REMBAU, 11 April – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terdesak dalam kempen-kempennya sehingga melanggar peraturan pilihan raya. Katanya, ini berbeza dengan BN di mana sepanjang berkempen, parti dan jentera berusaha sedaya upaya mematuhi apa jua peraturan yang ditetapkan. Justeru itu, Mohamad […]

» Read more

PRK Rantau: Kemenangan Tok Mat Bakal Jadi Lambang Kemajmukan Malaysia

RANTAU, 11 April – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, jika calon Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) maka Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) menjadi lambang kemajmukan Malaysia kerana peratus pengundi Melayu di sini hanyalah 53 peratus. Jelas beliau, ini bebeza dengan beberapa PRK sebelum ini contohnya di […]

» Read more
1 162 163 164 165 166 175