Hari Malaysia Cerminan Muafakat Seluruh Rakyat – Ahmad Zahid

TARIKH 16 September setiap tahun adalah hari keramat bagi seluruh rakyat kerana ia menandakan lahirnya sebuah negara yang bernama MALAYSIA pada tahun 1963 hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga ke hari ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa membaca watikah Pemasyhuran Malaysia di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat negara ini di stadium Merdeka dahulu telah menyatakan antara lainnya: Maka […]

» Read more

PRN Sabah Peluang Rakyat Tentukan Masa Depan Lebih Baik, Pilihlah BN – Najib

TAWAU, 13 Sept. – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah khususnya pengundi untuk mengaplikasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menentukan masa hadapan yang lebih baik. Katanya, dalam tempoh beliau menjadi perdana menteri selama sembilan tahun, banyak pembangunan yang dibawa ke negeri ini berbanding 22 tahun tempoh seorang lagi perdana menteri berkuasa namun gagal […]

» Read more

108 Pendatang Tanpa Izin Ditangkap Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Seramai 108 pendatang tanpa izin dan seorang penyeludup ditangkap dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu, dua kenderaan berat dan sebuah bot turut dirampas dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa bagi mengawal ketat sempadan negara itu. “Sebanyak 78 sekatan […]

» Read more

Pengundi Perlu Kekalkan DUN Slim Untuk BN – Noraini

TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad menyeru kepada para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim agar dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN tersebut. Katanya, pengundi perlu memastikan dan memilih calon yang boleh membawa suara rakyat ke sidang DUN. “Penting untuk pengundi memberi sokongan dan undian kepada […]

» Read more

Undilah BN… Jangan Jadi ‘Bungul Bebanar’ – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 28 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru para pengundi yang akan menunaikan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, esok akan memilih calon Barisan Nasional (BN) serta tidak melakukan perkara tidak sepatutnya sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hinggakan kerajaan yang dibina lebih 60 tahun musnah. Katanya, pada PRU-14 yang selalu, sepatutnya banyak […]

» Read more

PDRM Tahan 515 Individu Ingkar PKPP Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Polis Diraja Malaysia menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dan daripada jumlah itu 440 individu telah dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 69 individu direman dan enam individu telah dijamin dalam operasi menerusi Task Force Operasi Pematuhan itu. […]

» Read more

Zaidi Rayu Pengundi Balik Mengundi 29 Ogos Nanti

TANJUNG MALIM, 24 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz merayu pengundi di kawasan DUN berkenaan yang tinggal di luar kawasan itu supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu depan. Beliau berkata pihaknya setakat ini telah mengenal pasti terdapat lebih 3,000 pengundi terutama golongan muda yang […]

» Read more

123 Individu Dikompaun, 12 Direman Ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Seramai 123 individu dikompaun manakala 12 direman atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara kesalahan dilakukan adalah kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal melibatkan 55 individu; 37 individu (aktiviti dalam pub atau kelab malam), 30 (gagal sediakan peralatan atau […]

» Read more

Bertemu Rakyat

REMBAU, 18 OGOS — Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Haji Hasan dalam Program Ziarah Kasih Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan di Rantau pagi tadi.

» Read more

Hukuman Berat Perlu Terhadap Pelaku Hina Bendera, Jata Negara – Zahidi

SEREMBAN, 18 Ogos – Hukuman lebih berat perlu diambil terhadap pelaku yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik dan perbuatan menghina Jata Negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. Mengambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja, beliau berkata tindakan tegas seperti itu akan memberikan pengajaran kepada semua […]

» Read more
1 151 152 153 154 155 175