Pengundi Perlu Kekalkan DUN Slim Untuk BN – Noraini

TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad menyeru kepada para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim agar dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

Katanya, pengundi perlu memastikan dan memilih calon yang boleh membawa suara rakyat ke sidang DUN.

“Penting untuk pengundi memberi sokongan dan undian kepada calon nombor dua iaitu Mohd Zaidi Aziz kerana calon nombor dua adalah seorang yang mempunyai kredibiliti dan akan memastikan untuk membawa suara rakyat nanti,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong berkata demikian ketika meninjau PDM Pekan Slim, di sini, hari ini.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran sementara keputusan dijangka pada sembilan malam ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.