Melaka Catat Pelaburan Bernilai Lebih RM3 Bilion Dalam Sektor Pembuatan

MELAKA, 22 Sept – Melaka mencatatkan pelaburan bernilai lebih RM3 bilion dalam sektor pembuatan untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata nilai itu memberangsangkan berikutan situasi ekonomi semasa yang berada dalam fasa pemulihan selepas tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain sekatan perjalanan antarabangsa yang masih berkuat kuasa. “Kita bersyukur […]

» Read more

Polis Terima 35 Laporan Polis Isu Pencerobohan Lahad Datu Sebagai Sandiwara

KOTA KINABALU, 22 Sept – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata sebanyak 35 laporan polis diterima berhubung kenyataan seorang calon pilihan raya berkenaan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 yang didakwanya sebagai satu sandiwara. Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 28 laporan polis dibuat di Sabah manakala tujuh lagi laporan diterima di Semenanjung berkenaan kandungan ceramah yang […]

» Read more

‘Hanya Sandiwara Perang Ayam Anjing Sahaja’: Skala Penghinaan Yang Tak Pernah Dibayangkan

KUALA LUMPUR, 21 Sept – “Penghinaan pada skala yang tak pernah dibayangkan,” bidas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Shahril berkata demikian merujuk kepada tular video ucapan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulas mengenai tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu dahulu ketika berkempen di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung kini. “Jika klip ini sahih, bermakna Warisan […]

» Read more

Terus Bergolak… Naib Ketua Warisan Bahagian Libaran Bersama Penyokong Sertai BN

LIBARAN, 17 Sept – Naib Ketua Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Libaran Mohamed Mirodin @ Janggut mengumumkan keluar parti untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Janggut adalah salah seorang penaja kepada Warisan bahagian tersebut dan penaja di Zon Dandulit telah keluar bersama 200 ahli dari empat cawangan iaitu Kampung Banting, Sungai Beruang, Dandulit dan Kuala Gum-Gum. Beliau bersama isterinya umum keluar […]

» Read more

Hari Malaysia Cerminan Muafakat Seluruh Rakyat – Ahmad Zahid

TARIKH 16 September setiap tahun adalah hari keramat bagi seluruh rakyat kerana ia menandakan lahirnya sebuah negara yang bernama MALAYSIA pada tahun 1963 hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga ke hari ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa membaca watikah Pemasyhuran Malaysia di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat negara ini di stadium Merdeka dahulu telah menyatakan antara lainnya: Maka […]

» Read more

PRN Sabah Peluang Rakyat Tentukan Masa Depan Lebih Baik, Pilihlah BN – Najib

TAWAU, 13 Sept. – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah khususnya pengundi untuk mengaplikasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi menentukan masa hadapan yang lebih baik. Katanya, dalam tempoh beliau menjadi perdana menteri selama sembilan tahun, banyak pembangunan yang dibawa ke negeri ini berbanding 22 tahun tempoh seorang lagi perdana menteri berkuasa namun gagal […]

» Read more

108 Pendatang Tanpa Izin Ditangkap Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Seramai 108 pendatang tanpa izin dan seorang penyeludup ditangkap dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu, dua kenderaan berat dan sebuah bot turut dirampas dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa bagi mengawal ketat sempadan negara itu. “Sebanyak 78 sekatan […]

» Read more

Pengundi Perlu Kekalkan DUN Slim Untuk BN – Noraini

TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad menyeru kepada para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim agar dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN tersebut. Katanya, pengundi perlu memastikan dan memilih calon yang boleh membawa suara rakyat ke sidang DUN. “Penting untuk pengundi memberi sokongan dan undian kepada […]

» Read more

Undilah BN… Jangan Jadi ‘Bungul Bebanar’ – Ahmad Maslan

TANJUNG MALIM, 28 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru para pengundi yang akan menunaikan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, esok akan memilih calon Barisan Nasional (BN) serta tidak melakukan perkara tidak sepatutnya sebagaimana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hinggakan kerajaan yang dibina lebih 60 tahun musnah. Katanya, pada PRU-14 yang selalu, sepatutnya banyak […]

» Read more

PDRM Tahan 515 Individu Ingkar PKPP Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Polis Diraja Malaysia menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dan daripada jumlah itu 440 individu telah dikompaun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, 69 individu direman dan enam individu telah dijamin dalam operasi menerusi Task Force Operasi Pematuhan itu. […]

» Read more
1 133 134 135 136 137 158