PRN Melaka: Bukti Rakyat Utamakan Kestabilan Politik, Kemakmuran Negara – Bung

KOTA KINABALU, 21 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah petunjuk yang jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan politik di negara ini. Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kemenangan ini juga memberikan petunjuk bahawa kesetiaan serta kepercayaan rakyat kepada BN masih utuh. “Setakat ini dua PRN sudah kita lalui Sabah dan […]

» Read more

MB Johor Ucap Tahniah Kepada BN Melaka

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov – Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) Melaka yang mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam dan berjaya membentuk kerajaan negeri. Hasni berkata demikian semasa memulakan ucapannya pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail dekat sini, hari ini. “Tahniah kepada BN […]

» Read more

PRN Melaka : Alhamdulillah Kepercayaan Rakyat Satu Amanah – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 NOV – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa syukur ata kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Melakakepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam. Katanya kepercayaan itu adalah satu amanah dan Alhamdulillah kerja beraungguh-sungguh semua pihak akhirnya membuahkan hasil. “Alhamdulillah kerja keras ini buahkan hasil, dan BN telah […]

» Read more

Terima Kasih Keluarga Malaysia Melaka Pilih BN… Kebajikan, Kemajuan Ekonomi Agenda Utama – PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada ‘Keluarga Malaysia’ di Melaka kerana memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan baharu, semalam. Jelasnya, inilah semangat Keluarga Malaysia yang mana semua menuju ke destinasi sama untuk membangunkan kembali Malaysia selepas mengharungi pandemik yang mencabar. “Insya-Allah kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri […]

» Read more

EXCO Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman

MELAKA, 21 Nov – Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. “Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara […]

» Read more

PRN Melaka: Solidariti Bawa Kejayaan, Pemimpin BN Janji Tunai Manifesto

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Semangat solidariti yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, telah membawa kejayaan cemerlang kepada pakatan itu, hingga menawan dua pertiga daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Menyampaikan ucapan tahniah kepada calon dan kepimpinan BN, Ketua UMNO bahagian Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kini masanya […]

» Read more

Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

MELAKA, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di […]

» Read more

Wanita UMNO Rakam Penghargaan Kepada Pengundi, Seluruh Jentera Parti – Norshida

AYER KEROH, 20 Nov – Wanita UMNO menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi Melaka dan petugas pilihan raya yang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada hari ini. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata lebih manis adalah kepada pengundi yang telah memberikan kemenangan yang besar dan bergaya kepada Barisan Nasional (BN). “Budi pekerti jentera BN pelbagai peringkat […]

» Read more

PRN Melaka: BN Menang, Kembali Bentuk Kerajaan Negeri

MELAKA, 20 Nov – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dan bergaya dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, sekali gus menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Keputusan PRN itu menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi […]

» Read more
1 62 63 64 65 66 269