Yang Dipertua Negeri Melaka Anugerahkan Gelaran Datuk Kepada Presiden DMDI Bosnia

MELAKA, 13 April – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Bosnia Herzegovina Amir Bukvić.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Sesi Khas) itu berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri.

Amir, 48, merupakan Ketua Pengarah Islamic Development Bank yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi dan beliau sebelum itu berkhidmat sebagai Pengurus Besar Bosnia Bank.

Beliau merupakan antara penggerak utama DMDI sejak 22 tahun lepas bersama-sama Mohd Ali. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.