Pendaftaran PICKids Meningkat 663,641 Setakat Semalam – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) kini meningkat kepada 663,641 setakat semalam (7 Feb), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 untuk kanak-kanak (CITF-C) akan mengumumkan pelaksanaan program itu di peringkat sekolah. “Pendaftaran dibuat oleh sekolah dan suntikan juga di sekolah dengan rakan-rakan,” katanya […]

» Baca lanjut

Menyusur Sejarah: Mengingati Kelahiran Tunku Abdul Rahman & Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Hari ini, Selasa, 8 Februari 2022 bersamaan 06 Rejab 1443(H) genaplah usia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj yang ke119 Tahun. Almarhum Tunku yang diiktiraf sebagai saorang Pemimpin Malaysia dan dunia Islam yang disangat dihormati dan disayangi. Andainya Almarhum Tunku masih berada bersama kita pada hari ini, sudah tentulah Almarhum Tunku akan sangat kecewa dan sangat dukacita dengan […]

» Baca lanjut

Kerajaan Selangor Realiti Kegagalan PH Mentadbir, Utama Kepentingan Sendiri – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata rakyat di Selangor semakin muak dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri itu yang disifatkan sebagai gagal mentadbir meskipun sudah memimpin selama tiga penggal namun tidak berjaya memenuhi keperluan rakyat. Katanya, pelbagai dasar dilakukan ada kepincangan berlaku dan realitinya pimpinan PH memerintah Selangor ini bukan […]

» Baca lanjut

Mangsa Ribut Dan Puting Beliung Terima Bantuan Tunai RM1,300 – MB Perak

IPOH, 31 Jan – Mangsa kejadian angin ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri […]

» Baca lanjut

PRN Johor: 2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan […]

» Baca lanjut

PRN Johor: MCMC, Telco Sediakan Internet Berkelajuan Tinggi Di Lokasi SPR, Parti Politik

BATU PAHAT, 28 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi (telco) dalam menyediakan capaian Internet berkelajuan tinggi bagi melicinkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata lokasi utama bagi pemasangan peralatan capaian Internet akan ditumpu kepada lokasi operasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti politik yang bertanding. […]

» Baca lanjut

BN Johor Selaraskan Aktiviti Kempen PRN Ikut SOP Yang Digariskan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diumumkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Febuari depan sudah tentu akan menjadi tumpuan setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada minggu lalu dan parti-parti politik akan bersaing dalam usaha meraih sokongan para pengundi. Pelbagai parti politik yang berdaftar termasuklah UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) sudah […]

» Baca lanjut

Kutipan Hasil Kastam 2021 Cecah RM42.50 Bilion, Lepasi Sasaran RM40 BILION – PM Ismail Sabri

PETALING JAYA, 26 Jan – Kutipan hasil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi 2021 mencecah RM42.50 bilion, melepasi sasaran awal RM40 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berucap merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-40 hari ini, Perdana Menteri berkata tahun 2021 juga menyerlahkan keunggulan sektor penguatkuasaan Jabatan Kastam, apabila berjaya menumpaskan kartel pengedaran dadah […]

» Baca lanjut

Rancangan Bina Pelabuhan Baharu Di Kudat Diteruskan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 26 Jan – Kerajaan Sabah akan meneruskan rancangan untuk membina sebuah pelabuhan baharu di Kudat bagi merancakkan ekonomi setempat dan melonjakkan hasil pendapatan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata sebelum ini rancangan tersebut tertangguh, namun ia akan diteruskan memandangkan daerah berkenaan berpotensi dibangunkan selain lokasinya yang stategik bagi pembangunan ekonomi berasaskan pelabuhan. […]

» Baca lanjut

PRN Johor: BN Boleh Guna Pendekatan Sama Seperti PRN Melaka – Mahdzir

KOTA BHARU, 26 Jan – Barisan Nasional (BN) boleh mengambil pendekatan yang sama untuk digunakan semasa kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menghadapi PRN Johor kelak kerana strategi yang digunakan membuktikan kejayaan itu berpihak kepada parti itu. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata namun begitu apa jua strategi yang diambil akan diberikan sokongan padu oleh jentera parti. […]

» Baca lanjut
1 166 167 168 169 170 279