Pengumuman Insentif Kepada Rakyat Bukan Disebabkan PRN – Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 28 Julai – Pengumuman beberapa insentif untuk rakyat oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Dalam sidang media selepas melancarkan sistem iPATUH di sini hari, Ahmad berkata kerajaan berhak untuk membuat pengumuman sebarang insentif kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja. “Takkan kalau ada pilihan […]

» Read more

PRN: Bawa Konsep Perpaduan Madani, Mohd Zaidy Tekad Menangi DUN Jeram Padang

JEMPOL, 28 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir bertekad untuk menerapkan konsep Perpaduan Madani di kawasan ditandingi. Beliau yang ditemui UMNO Online turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberikan peluang mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. “Saya rasa terharu […]

» Read more

PRN: Berikan Sokongan Untuk Perpaduan Demi Kesejahteraan Dan Kemakmuran – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat khususnya para pengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta negara. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menjelaskan bahawa kesejahteraan dan keselesaan rakyat adalah yang utama selepas melalui pelbagai krisis sebelum ini. “Kita mahukan […]

» Read more

Penamaan Calon: Cuaca Diramal Cerah Di Hampir Keseluruhan Kawasan PRN Esok

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diramal cerah pada sebelah pagi di hampir keseluruhan daerah di enam negeri yang terlibat. Menurut paparan di laman web MetMalaysia pada Rabu lepas, semua daerah di empat negeri dijangka cerah pada sebelah pagi iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. Paparan itu turut menunjukkan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Gagal Urus Bekalan Elektrik, Pelabur Di KRC Hampir Tarik Diri

PADANG TERAP, 27 Julai – Kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah kemasukan bekalan elektrik di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Sanai dekat sini, hampir menyebabkan salah satu daripada dua pelabur menarik diri jika masalah itu gagal diselesaikan segera. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga kini tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu dalam […]

» Read more

PRN: Prestasi Pembangunan Tiga Buah Negeri Jadi Penanda Aras Keupayaan Pentadbiran BN-PH

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Prestasi pembangunan ekonomi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Perpaduan menjadi penanda aras keupayaan Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH) mengurus tadbir negeri dengan tatakelola yang baik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau percaya rakyat telah mencapai tahap kematangan untuk memilih pemimpin berkualiti. “Dengan perjalanan politik […]

» Read more

Ekonomi Madani: GLC Dan GLIC Akan Pacu Pelaburan Domestik – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dijangka memacu pelaburan langsung domestik (DDI) dan menyokong pembangunan vendor tempatan dalam sektor strategik, seperti elektrik dan elektronik (E&E), ekonomi digital dan aeroangkasa. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata kementeriannya berbesar hati kerana DDI akan menjadi salah satu daripada petunjuk […]

» Read more

Kak Su Berjiwa Besar Beri Laluan Bertanding DUN Sungai Tiang – Fadzil Zolkipli

  KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Mohamad Fadzil Zolkipli menzahirkan kesyukuran kerana telah dicalonkan bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Beliau turut merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdahulu iaitu Datuk Suraya Yaacob atau mesra dikenali […]

» Read more

Pertahan DUN Permatang Berangan, Nor Hafizah Yakin Rakyat Bijak Nilai Rekod Khidmatnya

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Penyandang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan Nor Hafizah Othman menzahirkan kesyukuran kerana telah dipilih sekali lagi oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Katanya, kepercayaan yang diberikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diterjemahkan dengan kemenangan di pihak parti […]

» Read more

Hariri Ajak Rakyat Kelantan Lakukan Penghijrahan Pada PRN Nanti

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Hariri Mohd Noor mengajak seluruh rakyat Kelantan agar mengambil semangat Maal Hijrah untuk sama-sama melakukan perubahan di negeri itu setelah 33 tahun diterajui oleh Pas. Beliau yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan bulan depan berkata, inilah masa […]

» Read more
1 95 96 97 98 99 160