BN Kedah Akur, Terima Kekalahan PRN – Mahdzir

ALOR SETAR, 13 Ogos – Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan an menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri. “BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima […]

» Read more

22 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi, Kedah Dan Pulau Pinang 20 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selangor pula mencatatkan 19 peratus, Negeri Sembilan 18 peratus dan 17 peratus di Kelantan. Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat […]

» Read more

Pemuda UMNO Libaran Angkat Kebersamaan Jentera BN-PH Demi Menangkan Mohd Al-Hafizi

KUALA LANGAT, 10 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran, Mohd Razlan Dandan memaklumkan jentera parti dari Sabah sepakat bersama-sama anggota tempatan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) demi memastikan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar beroleh kemenangan. Katanya, sepanjang berkempen di sini pelbagai gerak kerja dilaksana dan terus dilipatgandakan menjelang hari […]

» Read more

Langkawi Perlu Dimajukan Semula Setelah Diabaikan Kerajaan Negeri Kedah – Hisham Suhaily

  LANGKAWI, 10 0gos – Kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN)/Pas dilihat mengabaikan pulau Langkawi yang sejak dahulu lagi sebagai pusat pelancongan terkenal bagi negeri Kedah dan negara ini. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Hisham Suhaily Othman berpandangan ia jauh berbeza ketika BN memerintah negeri sebelum ini yang sentiasa berusaha membangunkan […]

» Read more

Kembali Ke Pangkuan UMNO, Mohd Rawi Zahir Penghargaan Kepada Presiden

LANGKAWI, 9 Ogos- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid menzahirkan kesyukuran kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan tertinggi parti menerima dirinya kembali ke pangkuan UMNO. Katanya perkara itu dizahirkan sewaktu pertemuan yang diadakan Timbalan Perdana Menteri bersama pengundi di Kuala Teriang, Langkawi. “Saya memohon maaf juga pada Presiden […]

» Read more

Bung Ingatkan Rakyat Kedah Pilih Pemimpin Yang Berwibawa Bukan Pemimpin Seperti Raja Lawak

KEDAH, 9 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa pengundi di negeri ini agar memilih calon yang dapat mewakili suara rakyat, bukan individu yang hanya tahu bercakap kasar, biadap dan lawak berlebihan umpama peserta Raja Lawak tanpa sebarang hala tuju jelas untuk membawa kemakmuran dan kesejahteraan. Katanya pilihan raya enam buah negeri pada 12 […]

» Read more

Rakyat Kedah Mahu Pentadbiran Negeri Selari Dengan Persekutuan – Cikgu Non

BUKIT KAYU HITAM, 9 Ogos- Kempen ‘kalih bagi sama’ oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah menunjukkan gabungan itu mampu menguruskan negeri dengan lebih baik berbanding Perikatan Nasional (PN) jika diberikan mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad. Beliau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu […]

» Read more

BN-PH Sepakat Calon MB Kedah – Ahmad Zahid

LANGKAWI, 8 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mencapai kesepakatan berkenaan calon Menteri Besar Kedah sekiranya kedua-dua gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata nama berkenaan hanya akan diumumkan selepas kedua-dua gabungan itu berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri […]

» Read more

UMNO Papar Fokus Pastikan DUN Sg Panjang Tetap Milik BN, Perkukuh Kerajaan Perpaduan

SUNGAI BESAR, 8 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos sementara pengundian awal berlangsung hari ini. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi memaklumkan bahawa anggota jentera bahagiannya yang telah lebih seminggu berkampung di sini fokus kepada gerak kerja memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai […]

» Read more
1 22 23 24 25 26 170