PAS Johor Komited Menangkan BN, Nafi Gesaan Undi Calon Berjasa – Ust Abdullah

TANJUNG PIAI, 14 Nov – Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husain menafikan dakwaan dan khabar angin yang mengatakan wujud gesaan pemimpin PAS supaya pengundinya menyokong calon Berjasa. “Ini tidak benar sama sekali. Kita telah dengar pengisytiharaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang yang datang pada 6 Nov lalu menyatakan dengan tegas PAS menyokong calon Barisan Nasional […]

» Read more

Zaman PH… Bantuan Rakyat Bila Ada Waktu PRK Sahaja – Suraya

TANJUNG PIAI, 14 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah medan terbaik bagi rakyat menunjukkan perasaan tidak setuju kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Sinisnya juga, berkemungkinan rakyat di tempat-tempat lain mengharapkan akan berlakunya PRK di kawasan mereka kerana sudah pasti segala peruntukan kerajaan akan […]

» Read more

PRK Tg Piai: PAS Janji Sokong Wee Jeck Seng – Hadi Awang

TANJUNG PIAI, 7 Nov – PAS berjanji menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, ujar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan mengapa PAS boleh menyatakan sokongan kepada MCA bagi mewakili BN di PRK Tanjung Piai. “Soalnya mengapa PAS satu parti yang bersifat agama […]

» Read more

Menteri PH Dihujani Soalan Kebajikan Penoreh Getah Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbelakalan 2020 Kementerian Industri Utama, oleh menterinya, YB Teresa Kok mencetuskan pelbagai persoalan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam soalannya, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera ingin tahu bagaimanakah kementerian akan mempermudahkkan bayaran insentif kepada penoreh kerana Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak […]

» Read more

Pemuda Tanjung Piai Bersama BN

TANJUNG PIAI 2 November — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid bergambar bersama pengundi dan jentera Barisan Nasional selepas menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rimba Terjun, Pontian di sini malam ini. Turut bersama Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Datuk Jefridin Atan. Foto […]

» Read more

Tertipu Janji PH, Orang Kampung Menyesal Terlalu Awal Curah Air Tempayan…

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Berdentum guruh dilangit, air ditempayan jangan dibuang… berdentum guruh belum bererti hari akan hujan… kalau dibuang juga, takut nanti akan menyesal. Inilah perumpamaan yang diberikan oleh Aktivis Politik, Noran Zamini atau lebih dikenali sebagai Mak Long terhadap apa yang dilalui penduduk luar bandar hari ini. Jelas beliau, penduduk luar bandar dahulunya dijanjikan dengan pelbagai janji […]

» Read more

MB Perlis Syor Kerajaan Bangunkan Laluan KESBAN

KANGAR, 23 Okt – Kerajaan Perlis mencadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya membangunkan Laluan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) yang bersempadanan antara Malaysia dan Thailand diantara Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam di Kedah. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata tujuan pembangunan sebagai inisiatif mengekang jenayah penyeludupan di sempadan selain merancakkan dan mengaktifkan ekonomi di kawasan utara Perlis. “Sekarang ini laluan […]

» Read more

Berganding Bahu Demi Rakyat

SUNGAI PETANI 19HB OKTOBER– Hadirin yang hadir memenuhi Townhall Muafakat Nasional Pemuda Negeri Kedah yang berlangsung di Hotel Emerald,Sungai Petani malam tadi untuk  menyaksikan 4 Ketua Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC bergandingan dan bergabung tenaga di atas satu pentas dengan satu matlamat untuk menyampaikan mesej kepada rakyat untuk sama-sama selamatkan negara .- Foto : MediaUMNO

» Read more

Mana Bekalan Benih Padi? – Jamil Khir

ALOR SETAR, 19 Okt – “Mana bekalan benih? Sawah sudah dibersihkan hanya menunggu benih padi untuk ditaburkan tapi benih tidak ada,” itu bersoalan yang dilontarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Jelas beliau, kebiasaannya, para pesawah akan mendapat bekalan benih dari pihak kerajaan namun kini bekalan benih bersubsidi tidak terdapat dalam pasaran sebagaimana sewajarnya. […]

» Read more
1 158 159 160 161 162 170