Seludup Diesel, Ahmad Maslan Cadang Usaha Sepadu Disegerakan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar usaha sepadu kementerian-kementerian disegerakan bagi membendung kegiatan penyeludupan diesel. Tegasnya, berbilion ringgit subsidi diesel diseludup di sempadan dan ianya dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Berbilion ringgit diesel subsidi diseludup di sempadan, di tengah laut dan lain-lain. “Betapa banyak wang yang sepatutnya rakyat terima untuk bantuan dan […]

» Read more

Monopoli Faktor LRA Bukit Selambau, Sungai Limau Lambat Siap? – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan kebimbangan dengan loji rawatan air (LRA) Bukit Selambau dan Sungai Limau yang difahamkan berhadapan dengan kesulitan tataurus sehingga menjejaskan naik taraf projek tersebut. Jelas beliau kerisauan itu berasas kerana difahamkan kemajuan pembinaan dua projek itu masih berada di bawah paras 10 peratus disebabkan pelbagai […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Mula Dibincangkan Dalam Mesyuarat Sekretariat Perpaduan

PUTRAJAYA, 23 Feb – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri dengan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, telah mula dibincangkan namun belum dimuktamadkan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini hari ini, Ahmad Zahid yang […]

» Read more

Pilih Pemimpin Yang Boleh Galas Tugas Dengan Sebaiknya – Hisham Suhaily

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Exco Wanita UMNO, Hisham Suhaily Othman berkata pemilihan barisan kepimpinan hendaklah dibarisi oleh mereka yang benar-benar boleh menggalas tugas serta membawa UMNO ke arah yang lebih baik dan segar. Beliau juga berharap agar pemilihan UMNO ini akan berlaku situasi yang aman dan harmoni bagi memilih pemimpin sama ada di peringkat bahagian mahupun pusat. “Kita mengalu-alukan […]

» Read more

Isu Dominasi Orang Melayu Dalam Perkhidmatan Awam: Hasmuni Jawab Dakwaan Ramasamy

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hasmuni Hassan membidas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy agar jangan menghina orang Melayu seolah-olah orang Melayu ‘tidak boleh pergi jauh’ dan hanya bergantung pada bekerja dengan kerajaan semata-mata. Tegas Bendahari Pemuda UMNO Negeri Kedah itu dalam satu kenyataan hari ini, isu majoriti orang Melayu bekerja di dalam […]

» Read more

Mesyuarat Pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Tumpu Pengukuhan Dan Agenda Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh empat parti gabungan dan satu parti tunggal sebulat suara menubuhkan tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik serta Jawatankuasa Komunikasi Strategik. Ketua Sekretariatnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebooknya berkata empat parti gabungan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), […]

» Read more

Mainan Persepsi, Sentimen Sebelum Pengundian Tenggelamkan Politik Khidmat Bakti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berpandangan politik khidmat bakti yang menjadi teras kepada parti itu tidak lagi menjamin pola pengundi terhadap parti berkenaan. Sebaliknya beliau berkata sentimen dan mainan persepsi dua minggu menjelang hari pengundian akan menjadi pertimbangan oleh rakyat khususnya kalangan pengundi untuk membuat pilihan yang mana akan dipilih. “Walaupun […]

» Read more
1 110 111 112 113 114 160