PH Pembohong Besar, Jelaslah Malaysia Tidak Muflis

HARI ini telah memasuki hari ke-24 rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan Kerajaan bagi menghadapi wabak Covid-19. Sudah pastinya, perintah ini membuatkan ramai yang terjejas dari segi pendapatan bulanan, operasi perniagaan dan sebagainya. Hari ini juga baru sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi iaitu sehingga pada 28 […]

» Read more

Jika PKP Dilanjutkan, Berikan Kelonggaran Kepada Peniaga Kecil – Fairuz

KUALA LUMPUR, 10 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin mengharapkan agar kerajaan memberikan kelonggaran kepada peniaga-peniaga kecil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan cukup bererti bagi peniaga-peniaga kecil dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi semasa PKP ini. “Saya memohon supaya kerajaan memberi kelonggaran kepada peniaga-peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, peniaga […]

» Read more

COVID-19: Pemimpin Politik Perlu Berganding Bahu, Jangan Ulang Sebar Fitnah

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar para pemimpin politik tanpa mengira parti akan bersama-sama berganding bahu dalam menghadapi wabak COVID-19 sekarang ini. “Sejujurnya saya amat berharap pemimpin-pemimpin parti politik tanpa mengira parti dapat melakukan ‘gencatan politik’ dan berganding bahu menghadapi COVID-19 demi rakyat,” katanya melalui kenyataan dalam laman Facebooknya. Tegas […]

» Read more

PKP: Sambung Atau Tidak ‘Mindset’ Tidak Boleh Berubah Iaitu Putuskan Rantaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 10 April – Pergerakan Pemuda UMNO Johor berpandangan, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung ataupun tidak, rakyat tidak boleh mengubah ‘mindset’ iaitu membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. Jelas ketuanya Johor Mohd Hairi Mad Shah, jika PKP disambung, proses pengawalan wabak diteruskan seperti biasa dan bagi kawasan yang dalam zon merah pasti lebih ketat kawalan. “Jika tidak sambung PKP, […]

» Read more

Wartawan Channel News Asia Dituntut Mohon Maaf Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 April – Dikala negara sedang berperang menangani COVID-19, masih ada segelintir pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyebar berita palsu. Apatahlagi sekiranya penyebar itu adalah seorang wartawan yang sepatutnya melaporkan berita berdasarkan fakta. Justeru, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mendesak wartawan Channel News Asia Melissa Goh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada […]

» Read more

“Jika Tidak Boleh Menyumbang, Jangan Jadi Pengacau”, ADUN PH ‘Hilang Dari Radar’ Dibidas

RAUB, 9 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Fadzli Mohamad Kamal membidas segelintir sikap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Negeri Pahang jika tidak boleh menyumbang, jangan jadi pengacau. Ini kerana ujarnya, setelah tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, secara tiba-tiba muncul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu dari PKR, Lee Chean Chung dan ADUN Bilut (Dap), […]

» Read more

Kerajaan Perlu Pertimbangkan Semula Penangguhan Bayaran Pinjaman LPPSA – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 9 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menyokong penuh cadangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan semula penangguhan bayaran Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada penjawat awam. Katanya, penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium selama enam bulan dilakukan oleh institusi-institusi perbankan sangat bererti bagi […]

» Read more

Segera Gugurkan Lantikan Politik PH Dalam GLC – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan lantikan politik daripada Dap yang masih lagi memegang jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun kerajaan hari ini sudah beralih daripada Pakatan Harapan (PH). Katanya, sebagai contoh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merangkap Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Parlimen Tebrau […]

» Read more

Pakej Prihatin Tambahan: Semoga Memberi Sedikit Kelegaan Kepada PKS – Shahril

KUALA LUMPUR, 6 April – Pastinya pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN tambahan) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi sedikit kelegaan buat pengusaha-pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang sangat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ini. Kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, apa yang diharapkan kini adalah pelaksanaan yang telus […]

» Read more

Tidak Penjara Ingkar PKP… Tapi Jangan Berlembut Pada Yang Biadap – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 6 April – Ramai yang mencadangkan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar tidak dipenjarakan termasuklah Uncle Lim Kit Siang, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohd Aris. Tapi katanya, mereka yang ingkar PKP dan menghina serta memaki pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu denda serta penjara. “Ya, […]

» Read more
1 446 447 448 449 450 598