Tidak Penjara Ingkar PKP… Tapi Jangan Berlembut Pada Yang Biadap – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 6 April – Ramai yang mencadangkan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar tidak dipenjarakan termasuklah Uncle Lim Kit Siang, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohd Aris.

Tapi katanya, mereka yang ingkar PKP dan menghina serta memaki pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu denda serta penjara.

“Ya, kita faham tentang situasi penjara dan hukuman penjara keatas pesalah PKP terutamanya belia adalah berat serta akan menjejaskan masa depan mereka.

“Kita tidak boleh lagi berlembut dengan mereka yang biadap dan tidak faham bahasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan, menurut kenyataan daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak Peguam Negara, PDRM dan Jabatan Penjara akan membincangkan isu ini supaya dapat diselesaikan segera.

“Kita pun harap isu ini selesai dengan segera,” kata Dr Najmil lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.