Segera Gugurkan Lantikan Politik PH Dalam GLC – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan lantikan politik daripada Dap yang masih lagi memegang jawatan dalam badan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun kerajaan hari ini sudah beralih daripada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, sebagai contoh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merangkap Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Parlimen Tebrau yang juga Ahli Suruhanjaya, Steven Choong Shiau Yoon masih lagi belum meletakkan jawatan di dalam SPAN untuk memberi laluan dan peluang kepada individu baru.


“Sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah masih ada dua pemimpin Dap yang masih belum dipecat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Jika dahulu… kerajaan PH tidak mengambil masa yang lama untuk memecat lantikan politik daripada UMNO, kini kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama.

“Tindakan paling bermaruah dan elok adalah individu yang memegang jawatan melalui lantikan politik segera meletakkan jawatan masing-masing,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr Najmil turut menyarankan semua pegawai lantikan politik PH supaya melepaskan jawatan secara terhormat kerana aspirasi kerajaan memerintah telah beralih kuasa daripada PH kepada PN.

“Mereka sepatutnya mencontohi keberanian Latheefa Koya dan Tommy Thomas.
“Kerajaan baru…muka baru,” ujarnya.

Berikut terdapat juga lantikan politik PH di agensi lain seperti NIOSH, SEDA, YADIM dan sebagainya.
https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2566414813574146/?d=n. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.