Apa Tujuan Mereka? Kalimah Allah Wajib Dipertahankan – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal di atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ini tamparan hebat kepada umat Islam di Malaysia yang menyambut Israk Mikraj dalam bulan rejab yang mulia ini. “Kami berasa pelik dan ingin mempersoalkan apakah tujuan […]

» Read more

Sekarang Tak Praktikal Undi 18 Tahun? Tidak Munasabah, Tegas Shahril

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Tidak munasabah, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan mengulas pendapat Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim yang berkata tidak praktikal untuk menurunkan kadar umur pengundi kepada 18 tahun pada masa kini atas kekangan masa dan sumber. “Bagaimana hendak menghadap orang ramai dengan perkara sebegini. Kredibiliti akan rosak andaikata kerajaan mengalih tiang gol […]

» Read more

Perkukuhkan Diri, Tunjukkan Prestasi Terbaik BN Kepada Rakyat – Fadzli

KUALA LUMPUR, 11 Mac –  Barisan Nasional (BN) terbukti selama ini mempunyai ‘track record’ memerintah negara dan pengurusan serta pelaksanaan yang meluas dalam pelbagai bidang serta aspek yang akhirnya memberi manfaat yang cukup besar kepada negara dan rakyat. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata atas hakikat berkenaan, sebaiknya kekuatan BN itu diperkukuhkan dalam mendepani cabaran serta siangan […]

» Read more

Isu Kalimah Allah; Segerakan Proses Rayuan, JAKIM Perlu Perkemas Usaha Pendidikan

SEMALAM Mahkamah Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa Kalimah Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah dibenar penggunaanya dalam sebarang penerbitan bagi tujuan pendidikan Agama Kristian Isu ini merupakan isu yang panjang, seingat saya sekitar tahun 2009 lagi. UMNO sebagai parti yang menguasai kerajaan pada ketika itu dengan keras mempertahankan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaanya bagi apa jua bahan penerbitan yang berkait […]

» Read more

PAU 2020 Bawa Agenda Perjuangan Baharu Demi Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafeez Che Mat berharap Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) kali ini membawa agenda pembaharuan kepada parti untuk kekal relevan mendepani senario politik baharu. Katanya, usul-usul yang dibentangkan nanti diharap dapat membawakan nafas baharu bagi menaikkan semangat ahli dan pemimpin dalam mempersiapkan jentera parti sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan […]

» Read more

Tubuh Jawatankuasa Siasat Dalang Di Sebalik Buku Teks Sejarah – PEMENANG

GEORGE TOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari dalang di sebalik kandungan bab 6 Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4. Presidennya, Tan Sri Yussof Latiff berkata, penubuhan jawatankuasa menerusi Kementerian Pendidikan itu mampu membongkar sama ada individu berkenaan mempunyai agenda menerapkan ideologi komunisme dalam kalangan generasi muda. “Selain […]

» Read more

Tangkap Imaginasi Anak Muda, Tawaran Realistik dan Kreatif – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Menarik sokongan orang muda memerlukan idea yang lebih kreatif di samping tawaran yang bersifat realistik untuk mereka lebih tertarik mendekati UMNO. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berkata ini kerana golongan ini mempunyai pemikiran yang berbeza berbanding orang dewasa yang lebih cenderung kepada tawaran yang bersifat ‘tradisional’. “Bagi saya tawaran kepada anak muda itu mesti […]

» Read more

GRS Perlu Kekal Relevan Serta Berprinsip – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pemuda UMNO Sabah menyeru seluruh saf kepimpinan dan ahli parti untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walau apapun berlaku di peringkat persekutuan. Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata agenda memperkuatkan GRS ini perlu bagi memastikan gabungan ini relevan sebagai wadah perjuangan bagi rakyat Sabah. “Memperkukuhkan GRS adalah satu usaha yang […]

» Read more

Layanan ‘Double Standard’: Kerajaan Perlu Elak Dari Terus Mengundang Kemarahan Rakyat – Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata kerajaan hari ini sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja mentadbir tetapi telah mengundang kemarahan dan kebencian menebal di kalangan rakyat. Ulasnya, ini adalah kerana kegagalan kerajaan PH sendiri yang tidak memenuhi aspirasi rakyat terutamanya […]

» Read more
1 407 408 409 410 411 600