Tindakan Radikal Untuk Putuskan Rantaian COVID-19 – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Selagi tidak ada pendekatan yang radikal untuk menutup semua sektor dalam tempoh 14 hari terutamanya sektor perkilangan yang menjadi penyumbang utama kepada penularan COVID-19, selagi itulah kita sukar untuk memutuskan rantaian virus, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Persoalannya, selagi tidak putus rantaian virus ini selagi itulah kes-kes akan terus meningkat, […]

» Read more

Saya Bukan Setakat ‘Menyalak’ Di FB Tapi Banyak Medium Diguna Sampaikan 10 Tuntutan Rakyat – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap kerajaan tidak terus mendiamkan diri terhadap 10 tuntutan rakyat walaupun Parlimen ditutup semula atas alasan penularan COVID-19. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana beliau menerima pelbagai mesej yang bertanya berkenaan status tuntutan tersebut termasuk i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah terakru, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), […]

» Read more

PM Heret Negara Ke Kancah Krisis Perlembagaan?

1. Kenyataan balas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang keluar lewat petang semalam menimbulkan 1001 persoalan yang hanya menjurus ke arah untuk membuktikan dirinya dan Menteri Undang-undang betul dan pihak lain adalah salah. 2. Di dalam kenyataan tersebut, Mahiaddin telah menyatakan bahawa pada 22 Julai 2021 beliau menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 untuk dimasyurkan oleh Seri Paduka […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more

Tipu Darurat: Kerajaan Biadap Elok Diturunkan Segera – Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara pada hari ini memperlihatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah murka dengan pengumuman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung pembatalan Ordinan Darurat, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid. Jelasnya, titah Baginda yang mahukan supaya Ordinan Darurat dibentang dan dibahas di Parlimen sebelum […]

» Read more

Derhaka Kepada Agong : Perdana Menteri Harus Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyokong pandangan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta agar Perdana Menteri meletakkan jawatan dan tuntutan tersebut berdasarkan Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Ketuanya Datuk Hj Rizam Haji Ismail berkata […]

» Read more

Langgar Perlembagaan Dan Derhaka Pada Agong, Mahiaddin Yassin Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mengambil maklum Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan yang disengajakan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara tengah hari tadi. Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata pergerakan itu juga mengambil serius dan kenyataan Istana Negara […]

» Read more

Derhaka Kepada Agong : Perdana Menteri Harus Letak Jawatan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan yang disengajakan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ternyata pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada hari Isnin, […]

» Read more

Perlu Langkah Radikal Elak 24,000 Kes COVID -19

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemuda UMNO Malaysia hari ini melahirkan kebimbangan berkaitan jangkaan jangkitan kes COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan berpandangan perlunya langkah radikal berhubung soal terbabit. Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejujurnya pihaknya amat bimbang dan resah sejak membaca pendedahan Ketua Pengarah Kesihatan yang menjangkakan angka kes COVID-19 bakal […]

» Read more

Proklamasi Darurat Gagal Capai Objektif, Tiba-tiba Tamat… Kerajaan Perlu Jelaskan – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan berharap agar jawapan yang diberi oleh kerajaan bukanlah satu jawapan yang retorik sebaliknya penjelasan perlu dibuat secara terperinci berkaitan proklamasi Darurat di negara yang dikatakan telah tamat. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata sejak dari awal lagi sememangnya tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Proklamasi Darurat kerana ia […]

» Read more
1 389 390 391 392 393 602