UiTM Tak Harus Jadi Isu, Wujud Demi Perjuangan Bangsa dan Kemajuan Negara – Tengku Hafiz

PUTRAJAYA, 24 Mei – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menegaskan bahawa UiTM tidak seharusnya menjadi isu dalam apa-apa perkara malah tuduhan ia sebagai akademi apartheid adalah sesuatu yang melampau. Dalam hal ini beliau membidas pihak yang mengusik institusi terbabit dengan dakwanya sebagai cubaan serkap jarang demi kepentingan tertentu sedangkan institusi tersebut diwujudkan adalah untuk perjuangan bangsa […]

» Read more

UiTM: ‘Jangan Jadi Si Kitol Yang Jual Bangsa Demi Kepentingan Diri’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 24 Mei – “Semua orang yang baca tentang artikel tersebut boleh faham apa yang dinyatakan oleh Andrew Sia bersifat jahat seolah-olah ingin menidakkan sejarah penubuhan UiTM itu sendiri apabila menuduh ia adalah universiti apartheid academy. Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh sambil membidas Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi kerana seakan menjadi ‘Si […]

» Read more

Dakwa UiTM Sistem Apartheid Bukti Tidak Hayati Sejarah Dan Penubuhan Negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Tuduhan penulis bernama Andrew Sia dalam pandangan kolumnis MalaysiaKini bahawa kononnya UiTM adalah sistem apartheid membuktikan bahawa masih ramai lagi tidak menghayati sejarah dan semangat penubuhan negara ini. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, UMNO sentiasa mempertahankan institusi pengajian tersebut meskipun ia sering dilabel dengan panggilan ‘institusi apartheid’ dan seangkatan […]

» Read more

Hafiz Bidas Penulisan Andrew Sia, Boleh Cetus Provokasi Dan Gugat Keharmonian Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin hari ini membidas penulisan kolumnis, Andrew Sia yang disiarkan MalaysiaKini berhubung Univeriti Teknologi MARA (UiTM). Tegas beliau apakah yang cuba ditimbulkan menerusi penulisan tersebut dan sewajarnya penulisan sebegini disiasat oleh pihak berkuasa. “Unsur kebencian apakah yang cuba disemaikan oleh penulis ini dan disiarkan oleh MalaysiaKini. “Amat wajar agar penulis dan […]

» Read more

Gelar UiTM Sebagai ‘Akademi Apartheid’ Tindakan Celupar – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mengelar UiTM sebagai ‘Akademi Apartheid’ merupakan tindakan celupar oleh penulis bernama Andrew Sia dalam pandangan kolumnis yang disiarkan MalaysiaKini, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh. Menurut beliau, legasi warisan benteng terakhir Melayu pada ketika ini dihina kerana digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. […]

» Read more

Isu JKDM: Jika Hendak Serang Kerajaan Lebih Baik Letak Jawatan

KOTA KINABALU, 21 Mei – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Papar, Mohd Hairul Rahman membidas pihak yang berada dalam kerajaan namun masih mempertikaikan apa-apa keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya Kerajaan Pusat. Katanya, berbeza pendapat itu patut diraikan namun apabila menyatakan pendapat itu secara terbuka dengan menentang keputusan kabinet sementara masih ahli kabinet maka itu mencabuli ‘collective ministerial responsibility’. “Tentangan […]

» Read more

Termaktub Sebagai Hak Bumiputera… Jangan Ganggu UiTM – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah hak bumiputera di negara ini dan telah termaktub dalam Perlembagaan. Ujarnya, beliau tidak bersetuju sekiranya universiti tersebut dibuka kepada kaum bukan bumiputera dan memberi amaran agar hak bumiputera tersebut tidak diganggu. “UiTM ini adalah sangat unik sebab ia merupakan […]

» Read more

Suarakan Pandangan Dalam Mesyuarat Akar Umbi, Pemimpin Perlu Tahu Keperluan – Jeffery Nor

PUTATAN, 13 Mei – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, masyarakat khususnya akar umbi UMNO perlu menyuarakan dan memberi pandangan berkaitan apa-apa keperluan atau permasalahan setempat. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, persidangan peringkat cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang adalah ruang terbaik kepada anggota akar umbi parti bersuara. “Saya telah meminta agar semua anggota […]

» Read more

PRK KKB: Beri Undi Pada Calon Aspirasi Kerajaan Perpaduan – Dr Asyraf

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli dan penyokong parti itu mengetepikan perbezaan dan memberi sokongan serta undi kepada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Menurutnya, tindakan menyokong calon aspirasi Kerajaan Perpaduan adalah wajar sebagaimana pernah menyokong calon MCA. […]

» Read more

Pilih Calon Perpaduan, Rakyat Damba Keamanan Dan Kestabilan Negara – Dr Zambry

KUALA KUBU BHARU, 10 Mei – Kestabilan dan keamanan sangatlah penting dalam membina sebuah negara yang bebas daripada konflik dan permasalahan serta membina negara gemilang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Menurut beliau, kestabilan dan keamanan hanya boleh dikecapi sekiranya lapisan masyarakat menjaga perpaduan dan kedaulatan negara. “Kesemua kita tak kira Melayu, Cina, India, […]

» Read more
1 304 305 306 307 308 607