Hafiz Bidas Penulisan Andrew Sia, Boleh Cetus Provokasi Dan Gugat Keharmonian Kaum

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin hari ini membidas penulisan kolumnis, Andrew Sia yang disiarkan MalaysiaKini berhubung Univeriti Teknologi MARA (UiTM).

Tegas beliau apakah yang cuba ditimbulkan menerusi penulisan tersebut dan sewajarnya penulisan sebegini disiasat oleh pihak berkuasa.

“Unsur kebencian apakah yang cuba disemaikan oleh penulis ini dan disiarkan oleh MalaysiaKini.

“Amat wajar agar penulis dan portal ini disiasat kerana mencetuskan provokasi dan menggugat keharmonian kaum.

“Jangan yang menegur dan mempertahankan pula dipersalah, yang bebas menulis, melukis persepsi terlepas dibiar,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Beliau seterusnya melihat penulisan tersebut mempunyai unsur kebencian dan boleh mencetuskan provokasi.

“Saya sifatkan penulisan Andrew Chia ini bersifat jahat dan ada unsur kebencian. Lihat sahaja pada awal penulisan diseloroh UiTM ditukarkan nama dari Universiti Teknologi Mara kepada ‘Universiti Tempat Melayu’.

“Kemudian, dikaitkan dengan seorang rakan kerja Melayu sepejabat media dia yang  bekerja untuk parti Dap. Rakannya juga lebih gemar mendiami di kawasan kejiranan perumahan masyarakat Cina kerana menyifatkan kejiranan Melayu ini terlalu menyibuk hal orang kerana rakannya bawa pulang teman wanita ke rumah.

“Jika dibaca, seolah ada elemen ‘ejekan – mockery’ dan ‘penghinaan-insult’ kepada adat Melayu dan Islam, kepada adat resam dan batas agama. Saya fikir ini adalah pemikiran yang menjengkelkan, akhirnya secara simplistiknya melabelkan UiTM sebagai Akadami Apherteid,” tambahnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.