Mesyuarat Sayap UMNO Medan Cambah Buah Fikiran – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang memulakan mesyuarat hari ini diajak untuk menjadikan ia sebagai medan percambahan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa. “Bulatkan tekad […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Bawa Suara Akar Umbi Ke Arah Penyatuan Parti – Ramlan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Askolani berharap mesyuarat UMNO peringkat bahagian yang berlangsung ketika ini bakal membawa suara akar umbi ke arah penyatuan parti. Katanya, ini termasuk membawa kembali kemenangan di negeri berkenaan termasuk lima kerusi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak. “Mesyuarat ini menfokuskan untuk membawa kemenangan pada PRU-15. […]

» Read more

Belajarlah Hormati UMNO, Kata Dr Shamsul Kepada KP Pas

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata keputusan UMNO menolak PPBM/Bersatu adalah pendirian parti yang telah diputuskan di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020. Namun katanya, Ketua Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari pula yang dilihat susah hati hingga meminta UMNO belajar menerima parti serpihan itu. “Namun susah hati benar Ketua Pemuda […]

» Read more

Struktur Parti Teratur Bolehkan UMNO Terus Bertahan, Berdepan Cabaran – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Struktur organisasi UMNO pelbagai peringkat terserlah saban tahun apabila masing-masing bukan sahaja dapat menjayakan persidangan serta mesyuarat Cawangan masing-masing, malah turut melontarkan cadangan dan penelitian terhadap soal kepentingan rakyat. Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berpandangan itulah hakikat yang sama sekali tidak boleh dinafikan apabila bermula di peringkat cawangan lagi segala usul dan perkara […]

» Read more

Kronologi Berfakta Sanggah Dakwaan Kononnya UMNO Khianati Piagam Muafakat Nasional

BERIKUT diperincikan kronologi berfakta berpandukan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) bagi menyangkal tuduhan bahawa UMNO mengkhianati Piagam Muafakat Nasional: Setiap keputusan besar politik dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional. Dalam Piagam Muafakat Nasional tidak disebut secara khusus bahawa MN dikhaskan hanya kepada parti-parti politik tertentu, namun haruslah selaras dengan aspirasi yang dibawa oleh kedua-dua parti teras yang […]

» Read more

Kelancaran Persidangan Cawangan Bukti UMNO Kemas, Tersusun Organisasinya – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kelancaran serta kesungguhan cawangan-cawangan UMNO pelbagai peringkat yang masing-masing telah melaksanakan persidangan mereka membuktikan bahawa parti berkenaan tersusun kemas organisasinya. Sambil mengucapkan tahniah kepada akar umbi seluruh negara yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing yang berakhir semalam, beliau yang juga Naib Ketua UMNO […]

» Read more

Tahniah, Terima Kasih Ahli UMNO … Akar Umbi Kekuatan Parti – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara yang telah melunaskan tanggungjawab melaksanakan mesyuarat peringkat Cawangan yang tarikhnya berakhir semalam. Katanya, lebih 21,000 Cawangan UMNO di seluruh negara telah selesai mengadakan persidangan. “UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia. Lebih 21,000 cawangan telah selesai adakan persidangan. “Begitu […]

» Read more

Tahniah Akar Umbi Parti Jayakan Persidangan UMNO Cawangan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini melahirkan penghargaan kepada seluruh cawangan UMNO yang telah selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh turut mengucapkan tahniah kepada seluruh cawangan di dalam UMNO bahagian Temerloh yang telah selesai mengadakan persidangan mereka. “Tahniah […]

» Read more

Puteri UMNO Tawau Tekad Terus Semarakkan Perjuangan Parti Demi Agama, Bangsa, Negara

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Suasana politik tempatan termasuklah pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menjadi pemangkin semangat perjuangan Puteri UMNO Bahagian Tawau untuk terus tekad dalam berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Ketuanya, Julisah Mohamad Isah berkata ahli-ahli Puteri UMNO di Bahagian Tawau terus bersemangat menyemarakkan perjuangan UMNO termasuklah melaksanakan […]

» Read more

Walau BN Menang Selesa, UMNO Sentiasa Terbuka Kerjasama Demi Manfaat Ummah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa walaupun Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan majoriti 2/3 iaitu 21 daripada 28 DUN, kepimpinan UMNO masih bersifat terbuka dalam muafakat bersama parti lain khususnya Pas. Beliau berkata demikian ekoran ramai pemimpin-pemimpin utama Pas yang menghubunginya menyarankan perundingan […]

» Read more
1 190 191 192 193 194 599