Tahniah Akar Umbi Parti Jayakan Persidangan UMNO Cawangan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini melahirkan penghargaan kepada seluruh cawangan UMNO yang telah selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing.

Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh turut mengucapkan tahniah kepada seluruh cawangan di dalam UMNO bahagian Temerloh yang telah selesai mengadakan persidangan mereka.

“Tahniah kepada semua ahli-ahli UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan UMNO Bahagian Temerloh dan di bahagian lain seluruh negara yang telah selesai bersidang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang sebelum ini mengharapkan persidangan peringkat bahagian berjalan dengan sebaiknya dan masing-masing membawa idea untuk membantu parti terus mara mendepani cabaran.

Katanya dengan pelbagai cabaran yang mendatang dan pelbagai jalan yang berliku hari ini sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kesungguhan pelbagai peringkat ahli parti.

“Sekali lagi tahniah dan kita berharap apa yang dilontarkan di peringkat cawangan dapat dibawa ke mesyuarat bahagian untuk diperhalusi sebaiknya demi kepengan parti dan seluruh rakyat, insya Allah,” ujarnya.

UMNO menetapkan persidangan peringkat cawangan seluruh negara termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula 15 Oktober sehingga 30 November.

Manakala mesyuarat peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian pula ditetapkan pada 11 dan 12 Disember. Seterusnya mesyuarat UMNO peringkat bahagian ditetapkan pada 18 Disember depan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.