Persenda Ucapan Salam: Pemuda UMNO Subang Buat Laporan Polis

SUBANG, 11 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang malam tadi telah membuat laporan polis terhadap individu yang tidak menghormati agama Islam dengan mempersenda dan mempermainkan ucapan salam. Ketuanya, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail dalam satu kenyataan kepada UMNO Online berkata, perbuatan cubaan meraih perhatian murahan itu perlu ditentang sekeras-kerasnya dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera. “Agama Islam […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Semak Kadar Peruntukan Purata Sekolah Menengah Persendirian

KUALA LUMPUR, 29 April – Pergerakan Pemuda UMNO menggesa kerajaan agar menyemak kadar peruntukan purata Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) dan Sekolah Agama (SA) agar dapat diseragamkan. Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, agihan peruntukan bagi kedua-dua jenis sekolah ini membangkitkan persoalan dari segi purata jumlah peruntukan yang diberikan. “Baru-baru ini umum mengetahui bahawa sebanyak RM 15.7 juta telah diluluskan oleh […]

» Read more

Jelajah Ihya Ramadan Pemuda UMNO Seluruh Negara Berakhir, Komitmen Terbaik Anggota Parti

KUALA LUMPUR, 18 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam mengakhiri Jelajah Ihya Ramadan Pemuda yang diadakan melibatkan seluruh negara. Berbesar hati melapangkan masa menyantuni golongan muda, ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan kesyukuran kerana jelajah tersebut berakhir di tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan jayanya. “Jelajah tiga negeri dalam tempoh 12 jam yang […]

» Read more

Siasat Kenyataan Ketua Armada Bersatu – Pemuda UMNO Subang

KUALA LUMPUR, 15 April – Pemuda UMNO Subang  membuat laporan polis terhadap Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataan media yang dikeluarkan bahawa satu konspirasi SPRM/Pendakwa Raya untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pendakwaan. Ketuanya, Datuk Seri Fariz Hazurin berkata perkara itu jelas adalah satu usaha yang cuba dimainkan oleh beliau bagi mencemarkan […]

» Read more

Merakyatkan Pemuda UMNO, Santai Iftar Bersama Rakyat Di Dataran Putrajaya

KUALA LUMPUR, 11 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati bersama rakyat menyertai Santai Iftar di Dataran Putrajaya, Presint 3, semalam. Tanpa protokol dan hidangan, ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh bersama barisan exco berkesempatan berbuka bersama selepas menghadiri mesyuarat di Putrajaya. “Merakyatkan Pemuda UMNO. Selesai program di Putrajaya, ajak geng-geng Exco Pemuda UMNO Malaysia berbuka di Dataran Putrajaya bersama […]

» Read more

Pemuda UMNO Tekad Terus Dekati Anak Muda – Shahrul Nasrun

KUALA LUMPUR, 10 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin berpandangan aspek yang paling utama untuk dilaksana oleh parti adalah mendekati anak-anak muda khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, hanya UMNO yang mampu menjadi daya tarikan kepada rakyat terutama pengundi muda terutamanya dalam usaha untuk menyokong kembali dan memilih parti pada PRN ini. “Ini adalah merupakan […]

» Read more

Solidariti Pemuda UMNO Tidak Pernah Pudar Bersama Masyarakat Palestin – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 7 April – Pemuda UMNO hari ini menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel serta bersolidariti bersama masyarakat Palestin yang terus ditindas termasuklah senario terkini di bulan Ramadan apabila tentera Israel menyerang Masjid Al-Aqsa selain terus meningkatkan serangannya di beberapa lokasi. Hampir 1,000 anggota pergerakan itu serta umat Islam lain bersolidariti di pekarangan Masjid Kampung Baru, di sini, selepas […]

» Read more
1 16 17 18 19 20 592