Pemilihan UMNO Bukan Lonjak Kegemilangan Individu – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Pemilihan UMNO 2023 adalah bagi mewujudkan sebuah pasukan yang mampu memulihkan parti dan bukan untuk melonjak dan membawa kegemilangan terhadap seseorang individu, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang akan mempertahankan jawatannya itu, berkata pemilihan yang akan berlangsung bulan depan, merupakan proses untuk melahirkan kepimpinan mantap dan membantu parti menangani pelbagai […]

» Read more

Proses Pendaftaran Pemilihan UMNO Berjalan Lancar, Pencalonan Terus Meningkat – Shahrir

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata proses pencalonan bagi pemilihan parti itu di peringkat pusat dan seluruh bahagian berjalan lancar serta menjangkakan peningkatan pencalonan menjelang tarikh akhir proses pendaftaran pada Ahad ini. Menurut beliau sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ianya adalah petanda baik kepada proses demokrasi di dalam UMNO […]

» Read more

Pemilihan UMNO Simbolik Kebangkitan, Kembali Raih Kepercayaan Rakyat – Zaidy

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Zaidy Abdul Kadir berpandangan Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 kali ini memberikan signifikannya yang tersendiri dalam membawa corak baharu kepada parti keramat ini. Beliau yang menawarkan diri sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata ini termasuk meraih kembali kepercayaan rakyat rentetan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. “Sekiranya […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Noraini Harap Perwakilan Pilih, Nilai Secara Bijak

  KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa Wanita UMNO kekal bersetia dan bekerja tidak berbelah bahagi biarpun semasa menjadi pembangkang dan kemudiannya sebahagian daripada kerajaan.  Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mengharapkan pada semua perwakilan khususnya Wanita UMNO dapat memberikan peluang sekali lagi kepada dirinya bagi menerajui Ketua […]

» Read more

Pemilihan Bukti UMNO Parti Demokratik, Pilihan Yang Benar-benar Ikhlas Demi Perjuangan – Norsabrina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menegaskan bahawa UMNO adalah parti demokratik sebagaimana pelaksanaan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang ini. Katanya, jika UMNO tidak demokratik maka tentunya tidak ada pemilihan walhal sekarang ini sedang berlangsung pemilihan dari peringkat Cawangan yang kemudiannya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seterusnya disusuli peringkat […]

» Read more

Pemilihan UMNO Penentu Hala Tuju Ke Arah Kebaikan Dan Perubahan – Muhamad Nur Aizat

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Proses demokrasi pada musim Pemilihan UMNO kali ini merupakan tali pengukur untuk parti menuju ke arah penambahbaikan dan melakukan perubahan. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, pemilihan yang berlangsung pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu sudah tentunya menjadi salah satu usaha untuk memulihkan parti. “Pertamanya kita melihat apabila proses […]

» Read more

Nasir Search Hantar Borang Pencalonan… Bertanding Pemilihan UMNO?

https://www.youtube.com/watch?v=-nkSFv2EtkI KUALA LUMPUR, 23 Feb – Pemain bass terkenal dari kumpulan Search, Nasir Daud telah menghantar borang pencalonan pada pemilihan UMNO bagi sessi 2023/2026, semalam.  Namun katanya yang lebih dikenali sebagai Nasir Search, pendaftaran ini bukan untuknya tetapi untuk isterinya Noraziah Saadon. “Saya bukannya datang hendak bertanding pada pemilihan UMNO 2023/2026, tetapi hadir mewakili isteri kerana dia ada mesyuarat di […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Ahmad Maslan Ingatkan Tarikh Tutup Pencalonan Pada Ahad, 26 Februari

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli UMNO yang berminat untuk bertanding dalam pemilihan parti sesi 2023-2026 bahawa tarikh akhir penghantaran borang pencalonan pada hari Ahad ini, 26 Februari jam 5.00 petang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian meluangkan masa meninjau lokasi penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan peringkat pusat […]

» Read more

UMNO Kinabatangan Tidak Terjejas Meskipun Ada Pemimpin Dan Ahlinya Keluar Parti – Titing

SANDAKAN, 23 Feb – Tindakan beberapa orang ahli UMNO dari bahagian Kinabatangan keluar parti dan menyertai Pakatan Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai oleh Datuk Juhari Janan hari ini tidak memberikan kesan terhadap UMNO bahagian itu. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk OKK Titing Putang berkata, isu tersebut tidak menjejaskan langsung ‘mood’ dan semangat juang ahli parti yang lain […]

» Read more
1 153 154 155 156 157 598