UMNO Tetapkan Tiga Kriteria Pilih Calon PRN Kelantan

KOTA BHARU, 15 Mac – UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu “winnability” (boleh menang), “acceptability’ (dapat diterima) dan “likeability” (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata calon juga akan dibuat berdasarkan keputusan pemilihan UMNO pada 18 Mac nanti. “Saya akan lihat selepas 18 Mac […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Pilih Pemimpin Berwibawa Kukuhkan Parti – Ahmad Zahid

BENTONG, 15 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para perwakilan untuk memilih pemimpin yang berwibawa dalam usaha bagi mengukuhkan parti. Ujarnya, kemenangan yang telah dimuktamadkan bagi Wanita, sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah memperlihatkan para perwakilan mahu kesinambungan serta pembaharuan. “Apabila kemenangan telah dimuktamadkan bagi Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO ini […]

» Read more

Bersama Teruskan Legasi Perjuangan, Angkat Martabat UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie meluahkan penghargaan dengan kepercayaan diberikan kepada beliau bagi memegang tampuk barisan kepimpinan Pemuda. Katanya, amanah tersebut akan dibawa beliau dengan sebaiknya bagi berterusan memperkasa perjuangan parti keramat ini. “Pada 11 Mac 2023 kesemua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara telah menjalankan tanggungjawab membuat […]

» Read more

Pemilihan UMNO: 10 Ketua Wanita Perak Menang Tanpa Bertanding, Tujuh Muka Baharu

IPOH, 14 Mac – Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Salina Samsudin di bahagian Tanjung Malim, Saliza Ahmad (Larut), Norsalewati Mat Norwani (Parit Buntar), Datin Yatimah Khalid (Taiping) dan Masarah Abdullah (Ipoh Timur). Lima lagi ialah Mazlina Musa (Batu Gajah), […]

» Read more

Ahmad Zahid Berazam UMNO Terus Menjadi Jaguh Rakyat

AYER KEROH, 13 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berazam membawa UMNO terus menjadi jaguh bagi rakyat dan bukan hanya sekadar di kalangan ahli parti. Begitu juga katanya, UMNO perlu terus relevan di peringkat nasional dan perlu keluar dari kepompong lama bagi mengembalikan kekuatan parti. “Kita tidak mampu lagi menjadi parti ‘kampung’. Kita tidak mampu lagi […]

» Read more

Video Tular: Shahrir Tegaskan Jaga Dan Pertahankan Integriti Proses Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad menegaskan agar para perwakilan menjaga dan pertahankan integriti proses pemilihan UMNO. Beliau berkata demikian berikutan hari ini tular sebuah video kekecohan berkaitan pemilihan yang dikatakan membabitkan UMNO Bahagian Titiwangsa. Jelas Shahrir, pihak JPU belum menerima apa-apa bantahan tentang perkara atau situasi yang ditularkan itu. “Melalui video-video […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: JPU Sahkan Kemenangan Tidak Rasmi Beberapa Jawatan Utama Dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad telah mengesahkan kemenangan tidak rasmi beberapa jawatan utama yang dipertandingkan sehingga jam 8.00 malam tadi. Jelasnya, keputusan pada peringkat ketua bagi Wanita UMNO dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri telah jelas kelihatan meskipun pihak Ibu Pejabat UMNO masih lagi menunggu lebih kurang lapan bahagian menghantar jumlah […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Semua Perwakilan UMNO Kembali Sebagai Satu Pasukan

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua perwakilan agar kembali bersatu sebagai satu pasukan dan melupakan sebarang sengketa walau siapapun yang dipilih menerajui barisan kepimpinan parti itu nanti. Ahmad Zahid berkata beliau juga bersedia menerima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) […]

» Read more

Tidak Rasmi: Noraini Ketua Wanita, Muhamad Akmal Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO selepas memenangi pengundian dalam pemilihan parti terbabit yang diadakan semalam. Hal tersebut disahkan oleh Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar yang memaklumkan keputusan tidak rasmi bahawa Noraini berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. “Segala solongan dan jasa baik semua amat dihargai dan akan dikenang. […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Ikuti Paparan Keputusan Secara Langsung Bermula 5.00 Petang

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Untuk mengikuti keputusan terkini bagi Pemilihan UMNO 2023, UMNO akan menyediakan paparan secara langsung di laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 5.00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian-bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi. Keputusan yang akan dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat pusat serta bahagian. Keputusan rasmi […]

» Read more
1 146 147 148 149 150 597