Peruntukan Hampir RM65 Juta Bantu Peneroka, Generasi Baharu FELDA – PM Ismail Sabri

BERA, 14 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah hampir RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan generasi baharu tanah rancangan itu dalam pelbagai aspek termasuk perumahan. Inisiatif itu antara lain melibatkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada […]

» Read more

Tok Mat Saran BN Sabah Usul Perjanjian Malaysia Baharu Tuntut Hak Negeri

PENAMPANG, 2 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kepimpinan BN Sabah supaya mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Beliau berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak […]

» Read more

Tuntutan Sebidang Tanah Dengan Kedaulatan Sesebuah Negara Amat Signifikan – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 25Jun –  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor beranggapan Tun Mahathir tidak memahami makna dan signifikan tuntutan sebidang tanah dengan kedaulatan sesebuah negara. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan  dalam satu kenyataan, walaupun beliau beranggapan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca hanyalah sebesar meja, tetapi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berpendirian tanah sebesar meja itulah lambang kedaulatan dan amatlah […]

» Read more

Batal Rayuan Tuntutan Batu Putih Bukti Kegagalan PH Pertahan Kedaulatan Negara

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata tindakan kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 yang tidak meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih membuktikan mereka gagal mempertahankan kedaulatan negara. Katanya, sehingga kini persoalan mengapa Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH ketika itu bertindak demikian sedangkan […]

» Read more

Presiden Parti Kompenan Tandatangan Tujuh Tekad BN PRU-15

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Tujuh Tekad Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ditandatangani sebelum tirai Konvensyen BN dan Sambutan Ulang Tahun BN ke-48 ditutup hari ini. Acara menandatangani watikah tekad terbabit didahului oleh Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden MIC, Tan Sri Dr S.A. Vigneswaran diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden […]

» Read more

Gagasan Keluarga Malaysia Perkukuh Integrasi Nasional – MB Johor

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Gagasan Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar disambut baik seluruh rakyat, khususnya di Johor kerana mengetengahkan tiga teras utama bagi membawa kemakmuran dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad berkata teras utama Keluarga Malaysia meliputi aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, memang relevan dalam mencitrakan […]

» Read more

Macam Mana Nak Percaya Ikrar Berintegriti Jika PN Ditubuhkan Oleh Mereka Yang Lompat… Lompat… Lompat

JOHOR BAHRU, 4 Mac – “Tetapi macam nak kita hendak percaya sedangkan PN itu ditubuhkan sendiri oleh mereka yang lompat…lompat…lompat.” Demikan respon Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengenai manifesto atau Ikrar Perikatan Nasional (PN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Shahril di dalam video ringkasnya di Facebook berpandangannya, sesuatu tawaran itu dianggap bagus apabila ianya mesti ada kredibiliti, […]

» Read more

KRC Bakal Tarik Pelaburan RM10 Bilion Menjelang 2025 – PM

KUALA NERANG, 7 Feb – Kedah Rubber City (KRC) bakal menarik pelaburan berpotensi bernilai RM10 bilion dan mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025 yang akan memberi pelbagai limpahan manfaat kepada masyarakat setempat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun baharu dilancarkan, projek strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) itu sehingga kini telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak […]

» Read more

Majlis TVET Negara Peraku Penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri – PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini memperakukan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) dalam usaha kerajaan memperkasa ekosistem aliran berkenaan, seterusnya menjadikannya pilihan utama belia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat julung kalinya, badan diterajui industri itu akan terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET […]

» Read more

KPLB Kumpul Data Di Seluruh Negeri Terjejas Banjir Untuk Pelan Pembaikan Dan Peruntukan Kos

PUTRAJAYA, 2 Jan – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengumpul data di seluruh negeri yang terjejas banjir untuk pelan pembaikan dan peruntukan kos bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), jalan kampung, jalan perhubungan desa, jambatan, longkang surau, taska, tabika serta ameniti sosial lain di bawah seliaannya. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini dalam fasa […]

» Read more
1 87 88 89 90 91 93