Agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ Perlu Diperkasa – PM

KINABATANGAN, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ diperkasa dalam usaha memacu pembangunan sekali gus membasmi kemiskinan di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Mahdzir Khalid agar agenda berkenaan dapat dilaksanakan semula sebagai antara usaha untuk mengeluarkan kawasan luar bandar […]

» Read more

Mesyuarat MPFN Lulus Dua Dasar Utama Perancangan Bandar Dan Desa

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) hari ini meluluskan dua dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, serta bersetuju terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi negeri-negeri di utara Semenanjung. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat MPFN ke-39 itu berkata dua dasar berkenaan yakni Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4) dan […]

» Read more

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Harungi Krisis Ekonomi, Kesihatan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu apa jua perbezaan dijadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, dijadikan sebagai sumber kekuatan. Perdana menteri berkata sebagai Keluarga Malaysia, setiap daripada rakyat dalam negara perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma […]

» Read more

Sabah Rancang Pembangunan Inklusif Di Kudat – Bung Moktar

KOTA MARUDU, 18 Okt — Kerajaan Sabah kini dalam perancangan untuk membangunkan Kudat secara inklusif termasuklah membina pelabuhan baharu di daerah itu bertujuan bagi merancakkan ekonomi setempat dan juga melonjakkan hasil pendapatan negeri. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pembinaan pelabuhan di Kudat juga dilihat berpotensi dalam usaha mewujudkan bandar baharu sesuai dengan lokasinya yang strategik. Bung […]

» Read more

Beri Sabah Kuasa Autonomi Urus Dana Pembangunan Ekonomi – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Sabah perlu diberi autonomi bagi mengurus sendiri dana ekonomi dan pembangunan khusus untuk negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membolehkannya keluar dari status negeri miskin di negara ini. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menegaskan perkara itu dalam sesi perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini, berkata ini memandangkan negeri itu […]

» Read more

Usaha Lonjak Pembangunan Sabah, Sarawak Dipergiat Di Bawah RMK12

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pembangunan Sabah dan Sarawak akan terus diberi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), selari komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan kedua-dua negeri itu berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menerusi rancangan lima tahun bermula 2021 hingga 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata […]

» Read more

Semua Pemimpin Perlu Ambil Kira Pelbagai Aspek Untuk Kepentingan Rakyat – Suraya

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Exco Kerajaan Negeri kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata pemimpin di barisan kerajaan waimma barisan pembangkang wajar meneliti dan mengambil kira dalam membina sebuah negeri yang maju, berdaya saing, berkat dan sejahtera secara bersama tanpa mengira warna bendera kepartian. Menurut beliau dalam tempoh kritikal menangani krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara sekarang, ini adalah masa […]

» Read more

RMK12: Lebih RM9 Billion Peruntukan Pembangunan Untuk Sabah, Sarawak – PM

KOTA KINABALU, 16 Sept – Kerajaan memperuntukkan RM4.66 bilion bagi Sabah, dan RM4.47 bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata peruntukan pembangunan itu bakal disalur di bawah Rolling Plan Pertama 2021, RMK12, yang akan dibentangkan di Parlimen 27 Sept ini, dan merupakan yang tertinggi berbanding negeri […]

» Read more

Skuad Badminton Boleh Mula Latihan Jika Tiada Kes Baharu – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 24 April – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat ‘lampu hijau’ untuk memulakan latihan skuad senior kebangsaan pada Selasa depan sekiranya tiada pertambahan kes COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya tiada halangan mengenai hasrat BAM untuk menyambung kembali latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) jika keadaan selamat dan semua individu diuji negatif. […]

» Read more

Dasar Perhutanan Malaysia Tidak Hadkan Hak Negeri – Shamsul

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Dasar Perhutanan Malaysia tidak mengehadkan hak negeri untuk mengambil tindakan yang berhubungan dengan pengurusan hutan selaras dengan objektif dan peruntukan dasar tersebut. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan dasar itu saling melengkapi dan tidak mengurangkan peruntukan dalam mana-mana dasar lain berkaitan dengan pengurusan hutan yang masih berkuat kuasa. “Pengurusan […]

» Read more
1 88 89 90 91 92 93