PRN Selangor: BN Tidak Tanding DUN Hulu Bernam

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam adalah langkah penyelarasan berdasarkan keadaan politik semasa, kata Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Beliau berkata, perkara berkenaan bukan merupakan timbal balas malah ia dilakukan atas dasar mewujudkan keserasian dan kesatuan di antara parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan […]

» Read more

Tempoh Kempen PRN Bukan Lesen Mencerca, Memfitnah, Titah Sultan Selangor

SHAH ALAM, 21 Julai – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua calon dan penyokong bahawa tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini bukanlah lesen untuk mengumpat, menghina dan memfitnah orang lain dengan sebebasnya. Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda mengingatkan hukum-hakam Allah tetap berjalan dalam keadaan apa pun dan siksa […]

» Read more

PRN: UMNO Sabah Bantu Kempen Selangor, Bakal Aplikasi Strategi Baharu Untuk Kemenangan

KOTA KINABALU, 20 Julai – UMNO Sabah akan membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan menjadikan ia sebagai medan ujian strategi baharu untuk digunakan pada PRN Sabah nanti. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya ingin melihat strategi baharu yang lebih kepada penggunaan media sosial itu berkesan atau tidak iaitu memberi impak yang tinggi […]

» Read more

BN Selangor Masuk ‘Gear Lima’, Bantu Parti Capai Kemenangan – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 19 Julai – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor kini memasuki ‘gear lima’ dalam usaha memastikan gerak kerja dan perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan berjalan dengan sebaiknya sekaligus bakal memberi impak untuk kemenangan kelak. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata untuk itu pelbagai perancangan serta pelaksanaan telah pun diatur di pelbagai peringkat […]

» Read more

PRN: Azalina Yakin BN-PH Tawan Selangor, Seru Pemikiran Positif Para Jentera

KOTA RAJA, 18 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said yakin bahawa negeri Selangor akan ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada Ogos nanti. Jelasnya, menjelang PRN yang bakal tiba, para jentera mestilah mempunyai pemikiran atau ‘mindset’ yang positif bagi memperoleh kemenangan di negeri tersebut. […]

» Read more

MB Kedah Persoal Kewibawaan Sultan Selangor: Kebebasan Bersuara Ada Hadnya Di Bawah Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan bertegas walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kebebasan ini tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memberi respon demikian merujuk kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad […]

» Read more

PRN: Rakyat Selangor Perlu Tolak Politik Sempit Dibawa PN – Lokman

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyeru rakyat khususnya di Selangor untuk tidak terpengaruh dengan politik sempit dibawa Perikatan Nasional (PN). Jelas beliau, Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai masa terbaik untuk rakyat Selangor menunjukkan keyakinan mereka di bawah pentadbiran negeri ketika ini. “Rakyat kena tegas bila datang 12 Ogos ini kita […]

» Read more

Hina Sultan Selangor: Sanusi Biadap, Mohon PDRM Ambil Tindakan Segera – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 13 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghina Sultan Selangor adalah biadap dan perlu diberikan pengajaran. Susulan itu, beliau turut memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk campur tangan dan membuat tindakan dengan segera. “Biadap dan kurang ajar. Mohon […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 230