PRN Selangor: Pastikan Hanya Calon Kerajaan Perpaduan Pilihan Utama – Bung Moktar

GOMBAK, 2 Ogos – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu menolak calon Perikatan Nasional (PN) apabila mereka dilihat cuba memperlekehkan sekali gus didakwa menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, inilah bukti besar mengapa pengundi perlu menolak apabila dilihat mereka terlalu angkuh sehingga membabitkan Sultan Selangor dalam siri ceramah Menteri Besar […]

» Read more

PH-BN Lancar Tawaran Kita Selangor, Jadikan Selangor Antara Negeri Termaju Di Asia

SHAH ALAM, 31 Julai – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) malam ini melancarkan Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor yang mengandungi lima teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Selangor sekiranya dipilih untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Lima teras itu adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi; […]

» Read more

Pengundi Selangor Tidak Boleh Anggap PRN Sebagai Eksperimen

SHAH ALAM, 30 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin menasihati pengundi di negeri ini supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti yang sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata BN negeri bersama rakan kerjasama, Pakatan Harapan (PH) menawarkan kesinambungan pembangunan dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat […]

» Read more

Bung Moktar Optimis Calon Kerajaan Perpaduan Akan Ungguli Kejayaan PRN Selangor

GOMBAK, 30 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin optimis Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mampu menguasai Selangor untuk membentuk kerajaan dengan kemenangan melebihi dua pertiga. Katanya tidak banyak isu yang boleh dimainkan oleh pihak lawan khususnya Perikatan Nasional (PN), jika mereka menyentuh soal kemajuan pembangunan kerana Selangor adalah […]

» Read more

Kemajuan Selangor Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Sabah – Bung Moktar

GOMBAK, 29 Julai – Kemajuan dan kemakmuran negeri Selangor membolehkan lebih 100,000 rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan di negeri itu. Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini menunjukkan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berada di landasan betul meneruskan kemajuan di negeri itu. “Kira-kira 160,000 rakyat Sabah datang dan bekerja di sini (Selangor) […]

» Read more

Landskap Politik Selangor Berbeza, Gambaran Perpaduan Rakyat – Rizam

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Rizam Ismail berpandangan Selangor merupakan gambaran perpaduan dalam kalangan rakyat kerana dihuni oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Katanya ini kerana, negeri ini menjadi tumpuan individu dari luar untuk bekerja, membina kehidupan termasuk mendirikan rumahtangga dengan rakyat setempat. “Saya kira landskap politik Selangor ini berbeza kerana ianya […]

» Read more

PRN Selangor Beri Pendedahan Jentera UMNO Sabah Hadapi PRN Sabah – Jeffery

KOTA KINABALU, 23 Julai – Pembabitan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor bukan sahaja membantu gerak kerja kempen calon UMNO/Barisan Nasional (BN) malah akan dapat memberi pendedahan kempen terkini kepada jentera UMNO Sabah untuk menghadapi PRN Sabah akan datang. Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata pada masa sama, pada PRN Selangor nanti, UMNO juga akan […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 230