PRN: UMNO Johor Bantu Kempen Di Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu – Khaled Nordin

JOHOR BAHRU, 2 Julai – UMNO Johor akan menggerakkan jenteranya ke Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) di ketiga-tiga negeri tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bukan sahaja bagi membalas bantuan UMNO negeri lain yang membantu UMNO Johor ketika PRN […]

» Read more

DUN Selangor Bubar Secara Rasmi Hari Ini

SHAH ALAM, 23 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 […]

» Read more

UMNO Selangor Nafi Keluarkan Surat Desak Rafizi Letak Jawatan Menteri Ekonomi

SHAH ALAM, 22 Jun – Badan Perhubungan UMNO Selangor hari ini menafikan telah  mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau. UMNO Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan. Kenyataan itu memaklumkan UMNO Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut. “Berita palsu seumpama […]

» Read more

Kerjasama Terus Diperkukuh Menjelang PRN Selangor – Mohd Zaidi

BANGI, 21 Jun – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zaidi Md Zain penuh yakin dan percaya kerjasama yang erat dan saling kebergantungan antara parti di negeri itu akan membolehkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mampu bergerak seiring pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat. Justeru beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi berharap suasana tersebut dapat […]

» Read more

PRN Selangor: Proses Pembahagian Kerusi BN-PH Lancar, Elak Boikot Calon Kerajaan Perpaduan – Lokman

SUNGAI BESAR, 19 Jun – Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan bahawa proses rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor berjalan dengan lancar. Jelasnya, tindakan memboikot calon-calon Kerajaan Perpaduan yang bertanding pada PRN Selangor tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menyebabkan Perikatan Nasional (PN) mendapat keuntungan […]

» Read more

Sultan Selangor Perkenan DUN Dibubar Jumaat Ini

KLANG, 19 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah di sini hari ini. […]

» Read more

PRN: Beberapa Jawatankuasa, Sekretariat Diperbaharui Bagi Menarik Sokongan Rakyat Di Selangor

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Untuk menarik semula sokongan rakyat sokongan rakyat di negeri Selangor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi, masih ada beberapa jawatankuasa dan sekretariat perlu diperbaiki dan diperbaharui. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, persediaan negeri tersebut untuk berhadapan dengan PRN telah dilakukan daripada awal memandangkan […]

» Read more

Penerangan Wanita UMNO Selangor Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Penerangan Wanita UMNO Negeri Selangor menganjurkan Program Penerangan, Media dan Digital sebagai persiapan berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN). Dihadiri seramai 280 kepimpinan wanita seluruh negeri, pelbagai diskusi dan gerak kerja dikongsi bersama bagi memperkasa jentera parti di setiap bahagian. Program ini diketui oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof, selaku pengarah […]

» Read more
1 5 6 7 8 9 232