Ketua Hakim Negara Dan Peguam Negara Harus Beri Penjelasan, Diam Diri Cetus Persepsi

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Tindakan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas terus berdiam diri susulan video tular mereka menari bersama beberapa individu boleh mencetuskan persepsi mereka meraikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setakat ini hanya pimpinan PH dan warganet […]

» Read more

BN, Pas Sekali Lagi Sepentas Dalam Pentas Perdana PRK Cameron Highlands

JELAI, 20 Jan – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memperlihatkan kerjasama, kesepakatan dan permuafakatan antara Barisan Nasional (BN)/UMNO dan Pas semakin kukuh dalam blok pembangkang. Ini dapat dilihat di dalam beberapa siri kempen untuk memenangkan calon BN, Ramli Mohd Nor bagi mempertahankan kerusi kawasan Parlimen tersebut, baik ketika kempen rumah ke rumah, penganjuran program hinggalah kepada ceramah perdana […]

» Read more

Hutang Negeri Pahang Bukan Satu Beban, Dilakukan Demi Keperluan Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Sikap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mempertikaikan hutang kewangan negeri Pahang dalam sesi ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dibidas. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menganggap Guan Eng yang cuba memberi persepsi buruk kepada para pengundi di Cameron Highlands dengan menyatakan tahap hutang […]

» Read more

Tembelang Dah Pecah, Lagak Hero MB Johor ‘Terjerat Leher’ Sendiri

JOHOR BAHRU, 19 Jan – Umum mengetahui, pertikaian dan perbincangan hangat pelbagai isu antara Malaysia-Singapura sering berlaku sejak sekian lama termasuk berkaitan air, tambak, proses menuntut jajahan dan banyak lagi, namun, baru-baru ini pertikaian ruang udara, disusuli pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar, Singapura dan juga sempadan maritim/had pelabuhan kedua-dua negara menjadi perbualan hangat. Dalam hal […]

» Read more

Majlis Sosial Melibatkan Ketua Hakim, Peguam Negara Dan Orang Politik Amat Memalukan

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Pemuda UMNO menyifatkan penularan video majlis tari menari yang turut melibatkan personaliti-personaliti seperti Menteri di JPM (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara TS Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam-peguam politik yang dilihat pro Pakatan Harapan seperti Datuk Ambiga dan Siti Kasim adalah suatu yang amat memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara. […]

» Read more

Sokongan Kepada Calon BN

JELAI 18 JAN — Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berucap di Ceramah Perdana bersama kepimpinan tertinggi UMNO yang diwakili oleh  Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman serta Ketua Pemuda UMNO , Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Simpang 3 Kg. Keledek sempena  Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands malam ini.- Foto : MediaUMNO

» Read more

Sidang Media

= KUALA LUMPUR, 16 Januari — Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Shahril Hamdan bersama para Exco di dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn sebentar tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Dasar Ekonomi Flip-Flop PH, Akhirnya Rakyat Terima Padah

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) janganlah asyik mendabik dada mampu memerintah negara lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, kadar pendapatan KWSP adalah antara petunjuk kepada keadaan ekonomi negara selain Nomura dan Moody’s juga yang telah memberikan bayangan negatif mengenai tinjuan ekonomi 2019. “Kita tidak […]

» Read more

Agih Wang Di PRK Cameron Highlands, Apakah Ini Bukan Dikira Rasuah Politik?

KUALA LUMPUR, 13 Jan  – Pemuda UMNO mempersoal gambar seorang wanita mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang tular dalam media sosial hari ini. Gambar tersebut yang dipercayai dirakam ketika Pakatan Harapan (PH) berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands memberi gambaran seolah-olah wujud elemen politik wang dalam kempen pakatan itu. Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak […]

» Read more

Laporan Kepada SPRM

Tanah Rata, 13 Januari –Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dan Bahagian ketika hadir membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkaitan tersebarnya gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highland sedang mengagihkan wang kepada pengundi orang asli dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P078 Cameron Highland di Pejabat Operasi […]

» Read more
1 459 460 461 462 463 543