Menyerahkan Memorandum

KUALA LUMPUR 8 Jan —  Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd. Shukor menyerahkan memorandum mendesak bukti sama ada benar Eric Liew sudah tidak lagi bekerja dengan Cisco Systems dan diterima Albert di lobi Menara One Sentral, di sini hari ini.

» Read more

Serah Memorandum Bantahan

Kuala Lumpur, 7 Januari–Exco Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor ketika hadir ke pejabat Cisco Malaysia untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Eric Liew, nama pengguna Facebook yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi ruangan komen media sosial berkenaan serta merupakan kakitangan Cisco di Menara One Sentral petang ini. […]

» Read more

Menyampaikan Kuliah Maghrib

CAMERON HIGHLAND 5 Jan — Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersalam dengan para jemaah sebelum menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Bukit Kota Jelai di bawah Parlimen Cameron Highlands. Turut bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Sdr Farid, Ketua Pemuda Pas Cameron Highlands Ustaz Karim

» Read more

Kerajaan Negeri Kedah Pimpinan PH Dibidas Kerana Hanya Pandai ‘Copy, Paste And Edit’

MERBOK, 2 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Aizat Azam menyifatkan pentadbiran kerajaan Negeri Kedah pimpinan Pakatan Harapan (PH) hanya penuh dengan ‘copy, paste and edit’ daripada program kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN). Jelas beliau, setelah hampir tujuh bulan kerajaan PH mentadbir negeri Kedah, masih belum nampak sebarang usaha positif dan inisiatif baru yang diadakan khususnya untuk […]

» Read more

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pasir Puteh mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bagi mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan. Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan YB Ustaz Tuan Saripudin dan bekas wakil Rakyat Pas Cikgu Din.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Mengimamkan Solat Jenazah

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki memenuhi hajat Abe Sin & Hj Husin bagi mengimamkan solat jenazah arwah isterinya di Kampung Cherang Ruku Pasir Puteh. Moga Allah merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama para Muttaqiin.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Menziarahi Kak Lah 

PASIR PUTEH 26 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki menziarahi Kak Lah bekas Penghulu Wanita JKKP Permatang Sungkai yang jatuh sakit sejak selepas PRU14 kerana terlalu terkejut dan sedih menerima perkhabaran kekalahan saya di Parlimen Pasir Puteh. Moga Allah mengembalikan semangat dan kesihatan beliau. #hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more
1 461 462 463 464 465 543