Permainkan Maruah Lawan, Politik Berasaskan Dendam Jadi Mainan Kerajaan PH – Jalaluddin

JELEBU, 18 Okt – Desas-desus yang semakin hangat berlegar yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada esok hanyalah bertujuan untuk memalukan seorang pemimpin yang sentiasa berjuang untuk rakyat, bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Jalaluddin Alias. Menurutnya, tindakan tersebut merupakan salah satu strategi untuk memaparkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu […]

» Read more

Ahli Parlimen Batu Kawan Didesak Mohon Maaf, Kalau Tidak Tahu Agama Jangan Memandai-mandai

NIBONG TEBAL, 18 Okt – Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Hj Ismail mendesak agar Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani, agar berhenti dan jangan mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan dalam ucapan di sidang Dewan Rakyat semalam amat memalukan maka beliau perlu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf […]

» Read more

UMNO Pahang Zahir Sokongan Kepada Presiden, Tetap Teguh dan Setia Pada Parti

KUANTAN, 18 Okt – Seluruh Ahli UMNO Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh kepada Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, bagi urusan pendakwaan di mahkamah, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNOnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. “Sukacita saya mengulangi kesetiaan kami serta pendirian jitu […]

» Read more

Dakwa Zahid : Langkah Kerajaan PH Untuk Lemahkan UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr. Masliha Harun berkata, sekiranya benar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM, maka ini adalah langkah kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menekan dan melemahkan UMNO, selepas mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak  juga didakwa dengan pelbagai tuduhan sebelum ini. Jelas […]

» Read more

Ahli UMNO Diminta Bertenang, Ambil Pendekatan Rasional

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO dan semua pihak agar bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan penahanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan spekulasi pendakwaan yang berkaitan. “Saya pasti ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia mengikut rapat perkembangan berkaitan penahanan […]

» Read more

UMNO Perak, Kedah Zahir Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Datuk Seri Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO Negeri itu menzahirkan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti sama ada dalam keadaan senang ataupun susah. Jelas beliau, UMNO Perak akan meneruskan majlis bacaan yasin dan solat hajat memohon segala dugaan Zahid dipermudahkan. “Kami mendoakan […]

» Read more

‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’ Diskusi ‘Live’ Dari Parlimen Malam Ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pada malam ini, Diskusi Dari Parlimen akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abdul Majid pula […]

» Read more

Memberi Kata Dua

PUTRAJAYA 16 Okt — Kira-kira 300 pemandu teksi berhimpun dan memberi tempoh 24 jam kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perbincangan dengan Grab untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan perantara ke stesen Projek Transit Aliran Massa (MRT) di sini hari ini.

» Read more

Zahid Terima Kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Pelbagai isu dibincangkan pada pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda, […]

» Read more
1 4,414 4,415 4,416 4,417 4,418 4,633