‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’ Diskusi ‘Live’ Dari Parlimen Malam Ini


KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pada malam ini, Diskusi Dari Parlimen akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’.

Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abdul Majid pula bertindak sebagai moderator.

UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya serta bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.