Zahid Terima Kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir.

Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Pelbagai isu dibincangkan pada pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pegawai Khas Diplomatik kepada Presiden UMNO, Jailani Harun.

Selain duta, Kedutaan Amerika diwakili oleh Kaunselor Politik, Sally Berhrhorst, Pegawai Politik, Drew Curiel dan Pakar Politik Kanan, Ravindran Manickam.

Inilah kunjungan delegasi asing ketiga bulan ini selepas Britain dan Australia. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.