Masjid Pusat Pembangunan Ummah Dan Satukan Masyrakat – Raja Muda Perlis

KANGAR, 21 Jun – Institusi masjid merupakan pusat pembangunan ummah dan berperanan menyatukan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah inisiatif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam melaksanakan Program Amal Jariah Melalui Kitar Semula […]

» Read more

Generasi Muda Disaran Mula Perniagaan Kecil Untuk Kurangkan Risiko Perniagaan – MB Perlis

KANGAR, 20 Jun – Generasi muda di Perlis yang ingin menceburi bidang perniagaan digalakkan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengurangkan risiko dalam perniagaan, menurut Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata kerajaan negeri menyokong lebih ramai generasi muda untuk menjadi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan memberi tumpuan kepada satu bidang perniagaan semasa memulakan perniagaan. “Mereka juga perlu […]

» Read more

UMNO, BN Perlis Sedia Bergerak Solo Tanpa Kerjasama Pas

KANGAR, 23 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis bersedia untuk bergerak solo tanpa melibatkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu tidak ingin meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN). Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata UMNO negeri tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Pas dan apa yang dilakukan sebelum ini dibuat […]

» Read more

PM Ismail Sabri Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, hari ini. Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada baginda menerusi akaun Facebook rasminya. “Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah. “Patik menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Duli Yang Maha […]

» Read more

Lebih 20,000 Meriahkan Majlis Aidilfitri Menteri Besar Dan Kerajaan Perlis

KANGAR, 9 Mei – Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung serta tetamu dari seluruh negeri ini. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu dengan disambut Menteri Besar Datuk Seri […]

» Read more

Industri Hiliran Lengkapkan Pembangunan Ladang Tenusu Berskala Besar Di Perlis

KANGAR, 30 Mac – Beberapa industri hiliran bakal dibangunkan di atas tanah seluas 8,465 hektar bagi melengkapkan pelaksanaan ladang tenusu berskala besar di Perlis, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata antara industri hiliran yang bakal dibangunkan itu membabitkan perusahaan ladang jagung, nanas MD2 dan penanaman ‘jerusalem artichoke’. “Sebenarnya ini adalah satu perancangan yang kita mulakan sebelum COVID-19 […]

» Read more

Sidang DUN Perlis Disiar Secara Langsung Buat Pertama Kali

KANGAR, 30 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang bermula hari ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dan boleh diakses menerusi laman sosial Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Sebelum ini, orang ramai tidak dapat mengikuti sama perjalanan sesi persidangan berkenaan bagi mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh setiap wakil rakyat. Sesi persidangan itu […]

» Read more

PRU15: UMNO Perlis Bakal Tampil Calon Muka Baharu

KANGAR, 24 Mac – UMNO Perlis bakal menampilkan kombinasi calon muka baharu terdiri daripada peringkat umur pertengahan dan golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, kata Pengerusi Perhubungannya Datuk Seri Azlan Man. Beliau yang juga Menteri Besar Perlis berkata pihaknya sememangnya amat bersetuju bagi menampilkan calon muka baharu mengikut kombinasi peringkat umur berkenaan memandangkan ia penting bagi meneruskan […]

» Read more

PIP Bakal Ubah Landskap Ekonomi Perlis – Raja Perlis

PADANG BESAR, 15 Mac – Pelaksanaan projek Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) bakal mengubah landskap ekonomi di Perlis, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah PIP dan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) merupakan dua projek mega yang saling melengkapi serta memberikan impak ekonomi dalam sektor perindustrian dan juga logistik. “Ini akan mengubah suasana khususnya di kawasan […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 78