Sidang DUN Perlis Disiar Secara Langsung Buat Pertama Kali

KANGAR, 30 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang bermula hari ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dan boleh diakses menerusi laman sosial Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Sebelum ini, orang ramai tidak dapat mengikuti sama perjalanan sesi persidangan berkenaan bagi mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh setiap wakil rakyat.
Sesi persidangan itu boleh ditonton secara langsung melalui pautan https://fb.watch/c3pVYcxfv5/
Pada persidangan pada kali ini juga, tiada sebarang sesi perbahasan melibatkan ahli Dewan dan hanya membabitkan soalan lisan yang akan dijawab oleh wakil kerajaan negeri.

Sidang DUN Perlis akan berlangsung selama dua hari dengan memberikan penumpuan perbincangan terhadap beberapa perkara yang tertangguh pada tahun lepas dan kedudukan semasa kewangan negeri. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.