Penyatuan Ummah Rahmat Untuk Umat Islam

KUALA LUMPUR 13 September — Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika hadir pada Townhall Anak Muda sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Plaza Merdeka, PWTC petang ini. Turut bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khirudin Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Ahamd Fadhli Shaari. Foto – MediaUMNO

» Read more

Sokong Jayakan Wacana Intelektual Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept –  Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Haji Annuar Musa memberi sokongan dalam menjayakan Program Wacana Intelektual Penyatuan Ummah di Dewan Tun Hussien Onn hari ini.Turut kelihatan Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Wanita UMNO Datuk Dr. Noraini Ahmad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Lokman […]

» Read more

Penyatuan Ummah: Empat Asas Golongan Muda Perlu Lihat – Ir Khairil

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Terdapat empat asas yang penting untuk golongan muda lihat kepada usaha penyatuan ummah dalam negara ini, ujar Ketua Pemuda PAS pusat, Ir. Khairil Nizam Khirudin. Faktor pertama katanya, adalah mengenai perjuangan menegakkan dan mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara dan kontrak sosial. “Pertamanya ialah bila berlakunya muafakat antara dua parti Melayu terbesar […]

» Read more

“Tarik Balik Bantuan Tapi Dia Nak Buat Kereta Terbang…”PH Tiada Visi Ekonomi Yang Jelas – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Sehingga kini setelah lebih lima ratus hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, tiada kedengaran visi ekonomi yang jelas dibentangkan oleh mereka, tegas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Apa yang ada bidasnya, hanyalah mengeluarkan idea-idea yang mengarut tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya seperti membuat kereta terbang, tambah ironi dalam masa yang sama PH menarik […]

» Read more

Segera Tubuhkan RCI, Siasat Pemberian Mykad Yang Diragui – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini mendesak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan yang diragui kaedahnya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, menubuhkan RCI ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaran melalui kaedah yang meragukan. “Ingatlah kewarganegaraan […]

» Read more

#HPU914: Pertama Kali Bendera PAS Berkibar Bersama Sang Saka Bangsa Di PWTC

KUALA LUMPUR, 12 Sept. – Hari ini dalam sejarah…. Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) yang bakal bermula esok menyaksikan sejarah tercipta apabila bendera parti PAS mula berkibar bersama bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Inilah antara rentetan kebersamaan persefahaman UMNO-PAS apabila bendera kedua-dua parti melatari kawasan sekitar PWTC menjelang hari bersejarah demi agama, bangsa […]

» Read more

PH Didesak Tumpu Pegangan Bumiputera, Jaga Kepentingan Rakyat… Bukan Kroni Dap

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pakatan Harapan (PH) didesak agar memberi tumpuan kepada segala keraguan rakyat berhubung usaha mencairkan pegangan Bumiputera dalam syarikat kelolaan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta dakwaan terdapat usaha-usaha membeli kepentingan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkepentingan tinggi bagi bumiputera. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamad Nizham Abdullah Hamidi berkata pada zaman Barisan Nasional […]

» Read more

Tangan Ghaib Dalam GLC?

KUALA LUMPUR 11 Sep — Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menunjukkan dokumen pendedahan dari sumber dalaman berkaitan usaha tangan ghaib sesetengah pihak yang membelakangkan kepentingan bumiputra dalam GLC pada sidang media di Yayasan Warisan Batu di sini pagi ini. Foto – MediaUMNO

» Read more

Skuad Sabil Rela Berkorban Demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air – Fazly

KUALA LUMPUR 10 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamad Fazly Zainuddin berkata sejarah telah tercipta apabila wujudnya Skuad Sabil dari Pergerakan Pemuda UMNO. Katanya, Skuad Sabil yang dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Ogos lalu adalah untuk melahirkan generasi pemuda yang sanggup berjuang di jalan Allah, mempunyai akhlak dan disiplin yang baik serta […]

» Read more

#HPU914: Ke Arah Penyatuan Yang Lebih Baik Demi Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kerjasama UMNO dan PAS ini sudah amat lama dinantikan oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kerana ia memberi hikmah ke arah penyatuan dua parti bangsa Melayu Islam yang terbesar di Malaysia, kata Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid. Katanya, penyatuan ini bakal memberi sinar dan harapan buat Malaysia bahawa dua parti politik besar bersama dalam […]

» Read more
1 394 395 396 397 398 504