UMNO Mesti Mempunyai Paradigma Nasionalisme Baharu – Khaled

JOHOR BAHRU, 29 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata para pendukung parti sama sekali tidak boleh meninggalkan nilai kebangsaan. Ini adalah sebab mengapa wujudnya UMNO, ujarnya dalam satu catatan di Facebooknya. “Tetapi nilai, semangat dan kecintaan kebangsaan itu tidak lagi boleh dengan cerita lama. “Kita mesti mempunyai paradigma nasionalisme yang baru. “Kerana nasionalisme UMNO sebelum […]

» Read more

Syed Saddiq Jangan Takbur, Sedarlah… PPBM Hanya Alat Dap – Annuar

KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jangan takbur dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Tegas Annuar dalam Facebooknya, semua tahu PH menang dengan membuat janji palsu, menipu rakyat dan tambahan pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya memperoleh […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Hanya Bersandarkan Undi Protes Rakyat Semata-Mata – Shahrir

KUALA LUMPUR, 28 April – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata UMNO tidak boleh hanya bersandarkan kepada undi protest rakyat yang kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) semata-mata. Sebaliknya menurut beliau parti juga harus berwibawa membawa cadangan munasabah bagi mengatasi masalah rakyat dan bagi Pemuda UMNO pula ia seharusnya tertumpu kepada masalah dan kepentingan generasi muda […]

» Read more

“Betul Punya Pusing La ‘Menteri Perpecahan’ Ni,” Bidas Zahida

KUALA LUMPUR, 25 April – “Betul punya pusing la menteri perpecahan ni,” bidas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Dalam hantaran di Facebooknya, Zahida menyelar kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional, menuduh pembangkang menggunakan isu Statut Rom sebagai penyebab rakyat berpecah-belah, sebagaimana dilaporkan sebuah portal online. “Pakatan Harapan […]

» Read more

Dr. Mahathir Perlu Berhati-Hati Keluar Kenyataan

ARAU 25 April – Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk disifatkan sebagai tidak wajar dan boleh mengelirukan rakyat. Pakar Sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan khususnya membabitkan perkara besar seperti Perlembagaan ini. Beliau juga tidak pasti sama ada […]

» Read more

Mana Perginya Duit Tabung Harapan… PH Perlu Buat Penjelasan

KUALA LUMPUR, 25 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah mempersoalkan di mana perginya kutipan wang Tabung Harapan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei yang lalu. Jelas beliau, sebelum ini alasan yang diberikan bagi melancarkan tabung tersebut adalah sebagai wadah membantu rakyat dan negara serta menyelesaikan hutang negara yang di […]

» Read more

Tiga Dalil Pendapat Tun M Salah, Bidas Pemuda UMNO

PASIR GUDANG, 25 April – Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata entri terbaharu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam laman blog peribadinya sekali lagi mengundang kontroversi. Ujarnya, tanda-tanya juga timbul apabila kali ini Tun Mahathir memilih untuk menggunakan saluran blog peribadi dan bukan saluran rasmi kerajaan untuk menyatakan pandangannya. Berhubung dengan isu yang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) […]

» Read more

Ketepikan Perselisihan Kerajaan Negeri, Pusat – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU 25 April – Sultan Johor bertitah, sebarang perselisihan atau perbezaan melibatkan hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan harus diketepikan demi kepentingan negeri. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebarang perselisihan perlukan perbincangan secara matang antara kedua-dua pihak demi kebaikan semua khususnya rakyat. “Sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara negeri Johor dan kerajaan Pusat, […]

» Read more

Mohamad Hasan, Rantau dan Citra Baharu Malaysia – Khaled

KUALA LUMPUR, 23 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calonnya, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memberi semangat baru kepada parti. Dalam hal ini Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat kemenangan menerusi PRK Rantau tersebut bukan sahaja sangat manis tetapi juga […]

» Read more
1 393 394 395 396 397 416