UMNO Mesti Mempunyai Paradigma Nasionalisme Baharu – Khaled

JOHOR BAHRU, 29 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata para pendukung parti sama sekali tidak boleh meninggalkan nilai kebangsaan.

Ini adalah sebab mengapa wujudnya UMNO, ujarnya dalam satu catatan di Facebooknya.

“Tetapi nilai, semangat dan kecintaan kebangsaan itu tidak lagi boleh dengan cerita lama.

“Kita mesti mempunyai paradigma nasionalisme yang baru.

“Kerana nasionalisme UMNO sebelum ini, diungkapkan sesuai keadaan dan kedudukan bangsa Melayu waktu itu. Iaitu mengajak orang Melayu memerdekakan tanahair dan mengupayakan mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu tambahnya, sekarang orang Melayu memerlukan anjakan yang berlainan.

“Anjakan untuk lebih kompetitif. Lebih maju. Lebih bersaing, Lebih global.

“Jadi kalau setakat memperjuangkan agenda Melayu, kuota dan agihan kekayaan, itu cerita lama,” tegasnya. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.