“Betul Punya Pusing La ‘Menteri Perpecahan’ Ni,” Bidas Zahida

KUALA LUMPUR, 25 April – “Betul punya pusing la menteri perpecahan ni,” bidas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

Dalam hantaran di Facebooknya, Zahida menyelar kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional, menuduh pembangkang menggunakan isu Statut Rom sebagai penyebab rakyat berpecah-belah, sebagaimana dilaporkan sebuah portal online.

“Pakatan Harapan (PH) sendiri yang sertai Statut Rom secara senyap tanpa merujuk Raja-Raja Melayu hingga wujud krisis dengan Istana Johor.

“Sekarang salahkan pembangkang?” soalnya.

Tambah Zahida, rakyat menolak Statut Rom kerana ia tidak memberi manfaat kepada negara.

“Kerana ia akan mengancam institusi beraja di negara kita. Kerajaan PH mesti kembali semula kepada semangat Perlembagaan yang asal.

“Bukan tunduk kepada tiap desakan dan permintaan Dap,” tegasnya lagi sambil meninggalkan tanda pagar (hashtag) #KerajaanSepenggal.

Untuk rekod, netizen menggelar Waytha sebagai menteri perpecahan kerana terdapat banyak bukti beliau sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman dan rasis baik ketika menjadi pembangkang sehinggalah setelah menjadi menteri kabinet.

Ini termasuklah di dalam isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan menyalahkan pihak keselamatan berhubung isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.